Pada awal Mac aku beri satu tugasan berkumpulan dan dikehendaki hantar pada akhir April. Tajuknya, “Bincangkan aspek morfologi dalam cerpen pilihan.” Setelah memeriksa, aku dapati sebahagian daripada mereka gagal mengh
asilkan kerja kursus yang memuaskan. Ada yang sederhana buruk dan ada yang tersangat buruk. Mereka seakan tidak tahu langsung cara menghasilkan kerja kursus yang bermutu. Mereka menulis perihal morfologi secara umum tanpa menganalisis aspek morfologi dalam cerpen pilihan. Mereka tidak penduli langsung pada fokus soalan – morfologi dalam cerpen. Ada yang hantar berbelas halaman, dan ada yang hantar empat halaman sahaja.
Perhatikan judul. Dalam kamus tidak ada perkataan "morfol." Yang ada perkataan "morfologi" yang bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Memang perkataan sebenar ialah “morfologi.” Barangkali perkataan "morfol" itu adalah kesilapan menaip. Memberi perhatian untuk menyemak kesilapan bukan kerja yang merugikan.
Berdasarkan judul itu terlihat bahawa mereka tidak mampu mencipta satu tajuk yang kreatif dan kemiskinan sikap bertanggungjawab.
Perhatikan pula pengenalan yang bermula dengan “Definisi.” Ayat bermula dengan perkataan 'ialah' bagi menjelaskan maksud morfologi. Tidak ada proses menganalisis definisi dan rujukan. Kemudian, dibuat subjudul dan penerangan perihal subjudul berkenaan dalam bahagian definisi. Adakah penulisan definisi ini wajar?
Gambar di sebelah ialah halaman 2 kerja kursus tersebut. Perhatikan cara penulisan. Tiada penghujahan idea. Mereka hanya mencatat maklumat yang ditemui dalam buku. Jangan-jangan mereka merujuk buku nota tingkatan enam.
Adakah ia menggambarkan seorang pemegang sarjana muda? Atau, seseorang yang telah terlatih di pusat pengajian tinggi. Atau, mereka ingin memberitahu bahawa pendidikan di pusat pengajian tinggi kita tidak bermutu. Pada saya, cara penulisannya tidak menjana pemikiran langsung. Disyaki mereka tidak gemar membaca, atau kurang berusaha, atau malas berfikir.
Ini halama
n 3. Judul dan subjudul tidak diberikan penerangan jelas. Sekali lagi jelas tidak menggambarkan penjanaan pemikiran dan tiada langsung nilai seorang graduan.
Aku terfikir, di manakah nilai sarjana muda mereka. Apakah tidak ada kerja kursus semasa di universiti? Apakah ijazah yang mereka miliki itu dibeli? Apakah ada universiti di Malaysia menjual ijazah? Atau, apakah aku perlu mengajar semula cara menulis kerja kursus yang baik kepada pemegang ijazah?
Setahu aku, setiap pelajar yang mendaftar di IPGM akan dibekalkan 'Buku Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu' yang dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang berkuat-kuasa Jun 2006. Barangkali, panduan inipun mereka tidak membacanya.
Halaman 4 da
n terakhir. Penulisannya seperti rangka karangan pelajar tahun lima. Atau, nota ringkas. Kalau macam inilah caranya, aku boleh siap 10 kerja kursus sehari. Tiada penutup / kesimpulan dicatatkan. Sebab, hasil kerja mereka itu bukan membincangkan maklumat atau membahas idea yang diperoleh.
Tiada langsung perbincangan tentang fokus soalan, iaitu aspek morfologi dalam cerpen pilihan. Tuan-tuan tahu sebab apa mereka tidak membincangkan fokus soalan? Sebabnya, soalan memerlukan mereka menilai aspek morfologi dalam cerpen, sedangkan aspek itu jarang dikupas dan maklumatnya sukar diperoleh. Mereka terpaksa menganalisis sendiri dan mencari aspek morfologi dalam cerpen berkenaan. Mereka hanya mengemukakan maklumat umum tentang morfologi yang diperoleh dari buku sahaja. Berapakah markah perlu saya beri bagi kerja kursus seperti ini?
Setakat inikah graduan universiti Malaysia mampu berfikir dan menghasilkan kerja? Wahai sahabat-sahabatku pensyarah universiti, apakah perasaan anda? Berbanggakah universiti melahirkan graduan setaraf calon UPSR ini?
Mereka ini ialah orang-orang terpilih daripada
puluhan ribu yang memohon KPLI. Sekiranya graduan yang terpilih hanya mampu menghasilkan kerja kursus setaraf ini, bayangkan, mereka yang tidak dipilih. Atau, mereka menganggap, "kalau lembu masuk IPGM, lembu pun boleh jadi guru," atau yang sukar ialah memohon masuk IPGM, apabila sudah masuk, gerenti akan keluar jadi guru.
Aadduuuhhh, duh, duh, duhhhh, graduan universiti. Jangan memalukan diri, pensyarah, jabatan, universiti, IPGM dan negara anda.
Saya menunggu pandangan pembaca, khususnya pelajar dan pensyarah universiti.
2 ulasan:
saya sokong en....kadang2 ad pelajar KPLI yg mintak soft cpy dari pelajar sem 2 Pra persediaan (PPISMP) logik ke????mahsisiwa mintak asngmnt dr lepasan spm yg pertama kali buat asngmnt..kdg2 saya tertanya adkah di universiti lebih mudah tugasanya berbanding IPG...sedngkan mereka sering memendang rendah guru pelatih IPG!!!!patut lah ada dikalangan kami menggelarkan mereka kumpulan peljar lemah intelek (KPLI)
Saya juga tertanya-tanya dimanakah mereka mendapat ijazah kalau soalan yang senang pun tidak dapat difahami. Tugasan yang diberikan ialah "bincangkan aspek morfologi dalam cerpen pilihan" tapi yang ditampilkan ini tiada langsung ditunjukkan contoh-contoh yang wujud dalam cerpen yang dipilih.
Catat Ulasan