Geduk Besar dan Geduk Kecil, dan Gendang Besar dan Gendang Kecil
Semalam (6 April 2009) aku menonton persembahan wayang kulit bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Persembahan wayang itu sempena Hari keputeraan Sultan Kelantan ke-53. Ini kali kedua aku menonton wayang kulit sampai habis cerita. Kali pertama, lebih kurang 30 tahun dulu di Kampung Tok Kah, Dungun. Dalang tua bernama Deraman Kusinar Wak Long dan dalang muda bernama Leba. Ayah aku jadi pemalu gong.
Selebihnya aku menonton slot wayang kulit sahaja seperti di Central Markel, Kuala lumpur dan Pasar Nat di Satun, Thailand. Semalam aku menonton wayang kulit yang dipersembahkan oleh Kumpulan Sri Campuran Pasir Parit, Cetok, Pasir Mas. Dalang tuanya bernama Eyo Hock Seng. Ceritanya bertajuk “Wan Sapalah.” Panjang cerita dimainkan selama tiga malam.
Menurut Encik Eyo Hock Seng, cerita Wan Sapalah merupakan salah satu daripada 10 cerita wayang kulit yang diwarisi daripada gurunya bernama Dollah Baju Merah. Tahniah, semoga kumpulan ini terus bergerak aktif untuk pengetahuan generasi.
Gambar: Wanita Thai sedang mengukir patung wayang kulit. Gambar ini aku rakam sewaktu di Haytai baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan