Biodata

NASSURY IBRAHIM mendapat pendidikan di SK Tok Kah (1971 - 1976), SMK Tengku Intan Zaharah (1977 - 1983), Institut Azam Malaysia (1984), Maktab Adabi Pasir Puteh (1986), Inst. Perguruan Sultan Idris (1987 - 1989: Sijil Perguruan Asas), Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (1992 - 1993: Diploma Falsafah Sains Islam), Inst. Bahasa Kuala Lumpur (1994: Sijil Perguruan Khas, 1995: Diploma Pengajian Tinggi) dan Universiti Malaya (1996 - 1999: Ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas Pertama, 2000: Ijazah Sarjana Pengajian Melayu).

Mula belajar menulis karya kreatif pada tahun 1982. Bidang penulisan ialah berita, rencana, sajak, cerpen, novel, esei, kritikan sastera dan pemakalah sastera dan pendidikan di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Karya pertama berjudul "Satu" (sajak) tersiar dalam Majalah Aktual 1983. Kumpulan sajak dihasilkan ialah Cermin (Gapri:1987), Menimba Laut (DBP: 1996), Di Rumah Wiramal (Pustaka Nusa: 2003), Peta Perjalanan (MPTB: 2006) dan Elipsis (DBP: 2008). Buku ilmiah ialah Kamus Komsas KBSM (Fajar Bakti: 2003), Citra Takmilah: Analisis Terhadap Puisi Islam (Karisma: 2005), Gaya Bahasa Kiasan (2006: Karisma), Analisis Kesilapan Ejaan Bahasa Melayu (IPTB, 2007) dan Konteks Sastera & Budaya (Karisma: 2009).

Alamat emel: nassuryibrahim@gmail.com