Gelaran 'datuk' merupakan satu kegilaan baru rakyat Malaysia kini. gelaran itu digilai, baik oleh para pemimpin organisasi, ahli-ahli perniagaan mahupun aktivis dalam bidang masing-masing. Dianggapkan bahawa gelaran 'datuk' mampu memberi pengharmatan kepada pemiliknya. Pemakai 'datuk' dianggap mempunyai moral tinggi dan sumbangan besar kepada masyarakat.
Pada zaman sultan-menyultan memerintah negeri, menerima gelaran merupakan lambang penghormatan mahatinggi. Gelaran diberi kerana jasa seseorang kepada raja. Pernah istana sorang sultan terbakar, maka datanglah rakyat cuba menyelamatkan istana termasuk barang-barangnya. Oleh sebab api marak dan membahaya, maka ada yang sekadar berkeliling istana yang terbakar. Hendak menerkam masuk bimbang akan terbakar. Hendak lari bimbang dikatakan menderhaka kepada raja. Maka, mahu tidak mahu, berkelilinglah orang itu menunjukkan rasa perihatinnya. Orang berkeliling itu juga diberi gelaran (persalinan) oleh sultan. Statusnya naik satu darjah.
Mulianya rasa menerima gelaran dan memakai gelaran, dan permintaan memakai gelaran yang tinggi telah menyebabkan berlaku urus niaga gelaran di pasaran gelap. Pembidal-pembidalnya sanggup membayar harga puluhan ribu semata-mata ingin diberikan gelar dan bergelar. Ia 'diniagakan' oleh individu tertentu yang khabarnya rapat dengan pemberi gelar.
Setiap tahun, sultan dan Yang di-Petuan Negeri, akan memberi gelar kepada tokoh-tokoh kerana jasanya. Saya tidak pasti, apakah jasa tokoh itu kepada sultan berkenaan atau negeri sultan berkenaan. Pada sangkaan saya demikianlah. Sultan akan memberi gelar kepada orang yang berjasa di negerinya. Agong akan memberi gelar kepada orang yang berjasa kepada kerajaan persekutuan.
Terbaharu, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai 641 penerima Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Jaksa Pedamai sempena Hari Keputraan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ke-59. Dr Ahmad Zahir Hamidi adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran datuk.
Dr Ahmad Zahid Hamidi berasal dari Perak dan menjadi Ahli Parlimen di negeri Perak. Tidak ramai yang mengetahui jasanya kepada sultan dan negeri Kelantan dan jasanya itu melebihi rakyat negeri Kelantan sendiri. Saya ucapkan tahniah kepada Dr. Ahmad Zahid.
Kepada pembidal, pemimpi gelar yang belum bernasib baik lagi, bacalah sajak di bawah. Semoga sajak ini mampu mententeramkan hati dan jiwa anda yang sedang bergelora merindui gelar, tetapi tidak kunjung sampai.
Datuk
Datuk ialah make up,
kata bapak, lelaki berhias diri
ada datuk jasa; ada datuk anugerah;
ada datuk cucu; ada datuk tua;
ada datuk bomoh; ada datuk kerusi;
ada datuk politik; ada datuk pitis;
ada datuk curi; ada datuk hantu;
ada datuk penjenayah
ada bermacam-macam datuk,
kata bapak, lelaki berhias diri
antara datuk-datuk itu, kata bapak,
antara datuk-datuk itu
engkau berhiaslah dengan datuk jasa.
NASSURY IBRAHIM
9 November 2004

Tiada ulasan:
Catat Ulasan