Ahad, 19 April 2009

Gila Pilihan Raya

Pilihan raya kecil (PRK) sesi PRU 12 bermula di Permatang Pauh (Pulau Pinang), diikuti Kuala Terengganu (Terengganu), Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah) dan Batang Ai (Sarawak). Kecuali di Batang Air, semua PRK disertai oleh Parti Keadilan Rakyat mencapai kemenangan.
Barangkali kerana sering menang menyebabkan PKR berusaha untuk mengadakan PRK seterusnya di DUN Penanti (dalam kawasan Permatang Pauh). Saya fikir, PKR sudah mejangkakan bahawa jika ada PRK di DUN Penanti, PKR akan dapat mengekalkan kerusinya.
Pada pandangan saya, sikap PKR ini seperti orang gila pilihan raya. Alangkah baiknya, jika duit dan masa itu digunakan untuk memikirkan pembangunan negara. Dan, polis terus bekerja mengawal keselamatan negara, bukannya keselamatan bendera parti politik. Cari penjenayah yang menculik dan membunuh rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Saya rasa malu apabila polis bertugas mengawal keselamatan bendera parti, sedang penjenayah dan pendatang haram meningkat dan bebas. Nak cari Helmi, disyaki penyebar gambar seksi E. Wong pun, tidak mampu. Sedangkan, air p ... r tumpah bertahun sudah dapat dicari.

Pilihan raya hanya menambahkan siri pembohongan dan kejahatan orang politik. Sedang, nasib rakyat terus menderita dan menderita. Elakkan pilihan raya kecil.

5 ulasan:

sandalkoyak berkata...

salam tuan...

ulasan dan corenatn yang amat menarik.

Hasrul Halid berkata...

Huh! Best!

Batara Guru berkata...

sokongggggg!!!!!!!!

edolah berkata...

tuan maniyamin,
sekadar berkongsi info; bagaimana pula dengan pembaziran mereka ke atas wang rakyat selama ini? yang sebenarnya pembazir adalah mereka. lihat sahaja kebanjiran penguasa yang ditempatkan di kuala trengganu, permatang pauh dan bukit gantang semasa prk yang lalu. apakah ini semua bukan pembaziran?

NASSURY IBRAHIM berkata...

Edolah, alangkah baiknya kalau wakil rakyat di tempatku mati 2 tahun sekali. Bergilirlah antara Adun dengan AP. Yang ini bukan pembaziran. Yang membazir 3,000 polisi jaga 2 biji buah durian Manekurai