Saya mulai tulisan ini dengan dua kisah benar. Semoga kisah benar ini memberi peringatan dan pengajaran kepada kita. Kisah Benar 1
Suatu pagi, ketika aku sedang bersiap-siap ke bilik kuliah, tiba-tiba pintu bilik Jabatan Pengajian Melayu terbuka, muncul dua orang pelatih guru. Mereka kelihatan segak dan bergaya, ditambah dengan tali leher dan baju bersarung kemas. Mereka masuk terus menuju ke meja rakanku. Kebetulan, rakan aku itu tiada kerana menghadiri mesyuarat di Pulau Pangkor. Dua orang pelatih itu meninjau-ninjau sambil membelek kertas dan fail di atas meja. Sekeping kertas dikeluarkan dari salah satu fail. Mereka berlalu tanpa mempedulikan aku yang sedang memerhatikan gelagak mereka. Kisah Benar 2
ketika aku sedang mengajar, tiba-tiba pintu bilik kuliah diketuk. Aku berpaling. Kelihatan seorang pelatih guru berdiri tegak sambil tersenyum. Aku pun berkata, “Ya, sila masuk.”
“Selamat pagi Encik Ahmad. Maafkan saya kerana mengganggu.”
“Ya, ada apa?”
“Izinkan saya berjumpa ketua kumpulan. Ada maklumat penting dari keluarganya.”
“Selamat pagi Encik Ahmad. Maafkan saya kerana mengganggu.”
“Ya, ada apa?”
“Izinkan saya berjumpa ketua kumpulan. Ada maklumat penting dari keluarganya.”
Dua kisah benar itu mewarnai kerjaya saya sebagai pensyarah Bahasa Melayu Komunikasi. Sekali gus menggambarkan perilaku pelatih guru. Ia menandakan tinggi dan rendahnya perilaku seseorang, dan petanda tinggi dan rendahnya perilaku pendidik (dan generasi) pada masa akan datang.
Dua orang pelatih guru masuk bilik seseorang tanpa izin, tidak menyapa / beri salam kepada penghuni di dalam, menggeledah dan mengambil tanpa izin, dan berlalu tanpa meninggalkan pesanan adalah persis seorang pencuri. Dalam ilmu bahasa, mereka dilabelkan sebagai ‘tidak tahu bahasa’ atau ‘tak reti bahasa.’ Dalam ilmu budaya pula, mereka dianggap ‘kurang ajar’ atau ‘kekurangan ajaran.’
Saya kecewa dengan sikap begini. Sia-sia mengajar ‘Kesantunan Berbahasa’ (salah satu tajuk dalam Bahasa Melayu Komunikasi). Saya mengajar cara berkomunikasi baik, mengguna panggilan hormat, sopan dan berdisiplin, mohon izin sebelum menggunakan hak orang dan menghormati orang jika mahu orang menghormati kita.
Saya ajar mereka bukan setakat beri ilmu kesantunan berbahasa, malahan mempraktik perilaku dan penggunaan bahasa dalam pelbagai situasi. Malangnya, padi yang di tanam lalang pula yang tumbuh. Mereka bukan ‘orang’ kerana orang seharusnya,
Di sana padi di sini padi,
Baru sempurna sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.
Baru sempurna sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.
Manusia sempurna ialah manusia yang menjadi ‘orang.’ ‘Orang' ialah manusia yang berbudi tinggi. Budi bukan sahaja menggambarkan jasa, malahan menggambarkan perilaku, status, keturunan, dan kesempurnaan ‘ajaran’ yang diterima oleh manusia berkenaan.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Manusia ‘kurang ajaran’ atau tidak menjadi ‘orang’ ialah manusia yang diibaratkan bunga kembang tidak sempurna. Dalam bahasa Sosiologi, manusia jenis ini dianggap cacat. Walaupun fizikal segak dan bergaya, namun hatinya cacat. Bagi masyarakat Baba-Nyoya, mereka dianggap masyarakat asing.
Nang bouti nang, kui bouti kui
(nak kata orang bukan orang nak kata hantu bukan hantu)
(nak kata orang bukan orang nak kata hantu bukan hantu)
Kisah Benar 2 pula menggambarkan betapa tinggi nilai kesantunan bahasa dan perilaku pelatih guru berkenaan. Aku hormat dengan kehalusan budinya. Nada suara lembut, senyum, menambahkan lagi seri assessori diri. Sungguh bertuah mereka yang menjadi muridnya. Tentu pelatih guru ini berasal dari keluarga baik-baik. Kata pepatah Melayu,
Usul menunjukkan asal
Bahasa menunjukkan bangsa
Berbunyi bahasa tahulah bangsa
Bahasa menunjukkan bangsa
Berbunyi bahasa tahulah bangsa
Dalam kehidupan harian, kita sering bertemu dengan dua jenis manusia di atas. Manusia sempurna menjadi orang akan dipuji dan didoakan agar hidupnya sejahtera. Berbeza dengan manusia yang berkembang (membesar) tidak sempurna, sebagaimana Kisah Benar 3 di bawah ini.
Kisah Benar 3
Suatu hari ketika aku menyusur kaki lima premis satu perniagaan, aku terdengar seorang penunggang motosikal sedang maki hamun, “Celaka tuan punya kereta,” katanya. Oleh sebab penunggang itu berada di depan aku, aku pun bertanyakan, “Kenapa?”
“Ini orang tak reti bahasa?”
“Apa pasal?” kataku kerana belum faham sebab kemarahannya.
“Tadak baca. Ini tempat parkir motor, bukan parkir kereta.” Katanya sambil tangan menunjuk papan tanda.
“Ini orang tak reti bahasa?”
“Apa pasal?” kataku kerana belum faham sebab kemarahannya.
“Tadak baca. Ini tempat parkir motor, bukan parkir kereta.” Katanya sambil tangan menunjuk papan tanda.
Alangkah sialnya kita jikalau setiap hari dimaki hamun dituduh ‘celaka.’ Bukan salah penuduh/ pemaki, sebaliknya kita yang tidak peka dengan tatacara hidup bermasyarakat, tidak menghormati hak orang. Sikap tidak reti bahasa kita boleh menjatuhkan maruah keluarga (terutama ibu bapa) dan guru (kerana mereka juga mendidik kita). Lebih malang lagi kita dianggap orang berkuasa, kaya, berpangkat, tetapi mempunyai otak kecil disebabkan sikap tidak reti bahasa kita itu. Kita mempunyai kekayaan material, tetapi miskin jiwa kemanusiaan / kemasyarakatan.
Manusia seumpama ini tidak layak menjadi guru kerana guru merupakan pemimpin dan model kepada murid-muridnya. Dikhuatiri perilaku buruk guru akan menular ke jiwa murid-murid. Jikalau kekhuatiri ini terjadi, maka maktab/universiti dianggap sebagai kilang menghasilkan guru/agen pendidik generasi tidak reti bahasa. SEKIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan