BERKATA seorang ulama besar tanah airku bahawa orang Islam yang merokok, lebih-lebih lagi merokok di masjid, dan dalam masa sama dia berpakaian ala ulama (menggambarkan ciri keislamannya), maka taraf orang itu seperti seekor LEMBU. Dalam masyarakat Melayu, imej lembu lambang kebodohan. Oleh sebab itu tercipta peribahasa 'bodoh seperti lembu.'
Mengapa ditarafkan orang merokok itu sebagai lembu? Alasan ulama itu ialah orang berkenaan membawa imej Islam, tetapi oleh perbuatannya merokok itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan merokok telah difatwakan oleh alim ulama sebagai haram.
Berkata ulama itu lagi bahawa pengharaman rokok kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan, bukan sahaja kesihatan si perokok, malahan juga kepada orang di sebelahnya.
Wah, kalau begitu ramai lembu di negaraku! Anehnya, negaraku negara Islam, tetapi mengapa ada aktiviti bertentangan dengan ajaran-Nya? Malah rokok bebas dijual. Ia diniaga dan dilesenkan oleh khalifah Islam. Adakah orang yang memberi lesen dan berniaga rokok ini juga lembu?
Pada kotak rokok tercatat “Merokok Membahayakan Kesihatan.” Terfikir juga oleh saya, adakah ia benar? Kalau benar membahayakan kesihatan, mengapa dibenarkan menjual rokok dan orang ramai bebas merokok. Demikian air bergas. Kalau benar air bergas membahayakan, mengapakah ia bebas dijual, termasuk di kawasan hospital. Atau, adakah semua ini menggambarkan LEMBU. Atau, sistem perundangan dan eksekutif kita bertarafkan lembu? Hanya lembu yang suka akan kelembuannya!
Dulu, masa aku belajar mahu jadi guru, para senior ada berkata: Kalau lembu masuk maktab, lembu pun dapat jadi guru. Wah, sekarang lembu dan kelembuannya sudah naik taraf jadi alim ulama, cendekiawan dan pemimpin manusia pulak!
Rupa-rupanya, selama ini aku bertuankan lembu. Patutlah negaraku tidak aman, dipenuhi pendatang tanpa izin, berlaku laga-melaga, tanduk-menanduk dan berak di sana-sini hingga angin suci negara jadi demikian busuk.
Aku fikir, eloklah sesiapa yang rasa dirinya bukan lembu dan tidak mahu menjadi lembu, berusaha dan mengenal pasti lembu-lembu yang pelbagai etnik itu. Kita 'sembelih' masa PRU 13 nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan