- menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah dan menggunakan bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah;
- memulakan PPSMI di Tahun 4 hingga ke peringkat sekolah menengah;
- menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan menengah;
- menggunakan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
- menggunakan bahasa Melayu atau ibunda di Tahun 1 hingga 3, dwibahasa di Tahun 4 - 6 dan bahasa Inggeris di sekolah menengah;
- Mansuh mata pelajaran Sains di Tahap 1 - 3 tetapi ajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lazin.
Berdasarkan syor di atas didapati pemberatannya masih ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris.
Kedua, Dr M masuk UMNO. PPSMI diperkenalkan dan diprojekkan oleh Dr. M. Sepanjang pemerintahan Tun A, kerajaan BN tidak dapat memansuhkan PPSMI disebabkan sokongan padu daripada anak didik Dr M. Kini, Dr M mempunyai kuasa di belakang pemerintahan DS Najib. Tidak mungkin Dr M membiarkan sewenang-wenangnya PPSMI dimansuhkan kerana pemansuhan itu bererti Dr M tersilap langkah memperkenalkan PPSMI.
Ketiga, berdasarkan pembentukan kabinet baharu, nampaknya PM DS Najib tidak berupaya menjadi PM berdaulat. Seakan ada tangan ghaib mengawal DS Najib, menerima dan menolak seseorang, institusi dan perancangan.
Apapun, kita sama-sama tunggu keputusannya.
2 ulasan:
Saya juga berpandangan sedemikian. Tetapi tak apalah. Kita lihat nanti apa kesannya yang bakal terjadi. Bahasa apa pula yang akan pemimpin terima. Persoalan nilai dan hak tidak sesekali akan dikompromi rakyat.
terima kasih kerana beri pandangan.
Catat Ulasan