Rabu, 12 Ogos 2009

Sasterawan Negara Ke-10

Tahniah kepada Dato' Dr Mohd Anwar Ridhwan kerana dianugerahi Anugerah Sastera Negara ke 10 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Memang penganugerahan itu tepat.

Setelah dianugerahi Sasterawan Negara kepada S. Othman Kelantan, saya berpendapat anugerah seterusnya sepatutnya kepada Dato' Dr Anwar. Dalam beberapa ceramah, semasa kuliah, dan ketika berbincang dengan rakan-rakan penulis, telah saya tegaskan hal ini. Sekiranya diberikan kepada pengarang lain, saya berpendapat, anugerah itu jadi cacat, sebagaimana cacat kerana tercicir Pak Sako sebagai penerimanya.
Pun pernah saya tegaskan bahawa Singapura merupakan negara naga yang bakal menelan negara-negara lain di Asia Tenggana.

Kriteria saya ialah cara pengolahan karya Dato' Dr Anwar yang ada kelainan, sentiasa bergaya baharu, dan mempunyai lapis makna yang bertingkat-tingkat. juga berdasarkan kriteria pengiktirafan. Karya-kara Dato' Dr Anwar, kecuali genre puisi, sering memenangi pelbagai hadiah. Hanya sebilangan kecil sahaja tidak memenangi hadiah: Novel 'Negeri Belalang,' kumpulan cerpen 'Sesudah Perang' dan 'Parasit' dan kumpulan puisi 'Tercipta Dari Tanah.' Semua kumpulan dramanya memenangi hadiah.
Satu lagi karya beliau (yang saya tahu) patut diterbitkan ialah manuskrip "Utusan Untuk Kebaikan: Analisis Watak Pradata."

Pada saya, Dato' Dr Anwar adalah pengarang genius, sebagaimana pengarang Kassim Ahmad, Zakaria Ali, dan Shahnon Ahmad. Kalangan generasi baharu, pada saya, pengarang pertama yang sepatut menerima Anugerah Sastera Negara ialah Faisal Tehrani.
Sekali lagi, "Tahniah kepada Dato' Dr Mohd Anwar Ridhwan."

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga akan tiba giliran anda.