Apakah persepsi anda apabila membaca kata-kata di atas? Saya berpendapat, guru di sekolah ini malas mengajar sehingga terpaksa diajak dan disediakan peringatan tersebut. Sedangkan, mengajar adalah kerja hakiki guru.
Sering juga aku mengalami, anak-anak membawa pulang pelbagai borang, Kad 001, Buku Laporan Kemajuan Murid, Buku Laporan Kesihatan Murid, Borang Maklumat Murid, dan sebagainya, untuk diisi oleh ibu bapa.
Sepanjang aku menjadi guru dahulu, aku tidak pernah menyuruh ibu bapa mengisi borang-borang berkenaan.
Sibuk sangatkah guru-guru sekarang, atau ....
Kepada guru-guru, sila beri komen. Saya mahu tahu masalah anda.
4 ulasan:
Salam Nassury,
kalau di sekolah saya ada peringatan itu, saya kecil hati! Sebabnya saya tahu tugas saya dan saya cuba laksanakan sebaik yang saya mampu.
Pernah dengar nama ini. kalau tak silap, tinggal di gombak, pandai melukis dan menulis sajak. tapi sekarang sudah pencen menulis kor?
Terima kasih la demo ingat ko kawe. Dulu dok gombak, lor ni 'naik taraf'- puncak alam(tinggi tu). Demo ada buwi di rumah wiramal ko kawe masa di Pekan. Nulih lagi koho-koho.
nama ingat. tuan tak cam dah. kalau jupa tegor
Catat Ulasan