Kalau ke Pulau Pinang, jangan lupa naik feri. Sementara ia masih ada. Tambangnya sekitar RM1.20 seorang. Kalau berkereta, tambangnya sekitar RM7.70 untuk sebuah kereta. Tidak kira berapa ramai di dalamnya. Tambang hanya sekali sahaja.
Ada dua tingkat feri. Lazimnya, tingkat atas untuk orang sahaja. Manakala, tingkat bawah untuk kenderaan. Namun begitu, ada juga feri yang kedua-dua tingkatnya untuk kenderaan sahaja.
Dari dalam feri ini, anda boleh melihat obor-obor dan kapal-kapal besar di sekitarnya. Semasa berkhidmat di Pulau Pinang, aku sering menggunakan feri untuk membeli jeruk salak.
4 ulasan:
Insyallah, esok saya bersama anak-anak akan berferi dari pulau ke daratan. Memang jika berkunjung ke Pulau Mutiara, saya tidak lepaskan peluang menaiki feri. Melihat laut, kapal dan bangunan berceracakan adalah pengalaman yang sangat mengasyikkan
walaupun atas kerelaan berkhidmat di Kelantan tetapi hati tuan masih di Pulau Pinang.
saya tinggal di kawasan melayu, mereka miskin. negeri kaya melayu miskin. banyak menginsafkan saya.
Feri Pulau Pinang,
adalah kenanganku
di Pulau Pinang
Selama beberapa bulan
kupergi dan datang dengan
feri Pulau Pinang
Sudah kubawa isteri dan
anak, merasa dan menimba
pengalaman dan suasana
menaiki feri Pulau Pinang
Dan, jika ia tiada, rugi terasa
sebab Pulau Pinang menjadi
ingatan antara sebabnya
feri Pulau Pinang
dari tarikan nafas,
abuyon
18/08/09 1.24 tgh
Catat Ulasan