Isnin, 3 Ogos 2009

Perhimpunan Mansuhkan ISA

Dua akhbar arus perdana berbahasa Melayu, pada 2 Ogos 2009, memfokuskan berita perhimpunan Anti-ISA dan Pro-ISA sebagai menyusahkan rakyat.
Memang benar aktiviti perhimpunan itu, bukan sahaja, menyusahkan rakyat, terutama perniaga, malahan memalukan rakyat. Baik mereka daripada golongan Anti-ISA, Pro-ISA, pihak keselamatan mahupun politikus, semuanya menyumbang kepada peningkatan graf imej buruk negara.
Namun begitu, pihak manakah yang menjadi penyumbang terbesar memburukkan negara dan memalukan rakyat dapat dianalisis melalui dua situasi di bawah.
(a) Apakah kesusahan, kerugian dan suasana sebelum pihak keselamatan menyembur air berasid?
(b) Apakah kesusahan, kerugian dan suasana selepas pihak keselamatan menyembur air berasid?
Analisis terhadap (a) dan (b) akan memberi jawapan bahawa pihak yang manakah yang menyusahkan rakyat, menyumbang imej buruk negara dan memalukan rakyat yang tidak gemar berdemonstrasi seperti saya ini.
Analisis ini boleh dibuat dengan cara menonton siaran visual para demonstran (Anti-ISA, Pro-ISA, dan polis) yang disiarkan di televisyen.
Pada pandangan saya, ketiga-tiga pihak ini, Anti-ISA, Pro-ISA dan Polis, adalah para demonstran yang berhimpun secara haram dan tanpa permit.

Tiada ulasan: