Sabtu, 8 Ogos 2009

Nordin Mohd Top dan Dr. Azahari

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada keluarga kedua-dua orang ini kerana mempunyai ahli keluarga yang berani. Cuma, keberanian mereka itu mungkin tersalah arah, atau mungkin ada pihak lain telah memanipulasikan keberanian mereka sehingga imej mereka jadi demikian hitam. Walau apapun, saya tidak pasti akan sebab musabab kedua-duanya jadi demikian. Memang setiap manusia mempunyai sifat ganas. Cuma, peratusnya sahaja yang berbeza. Perbezaan itu mungkin juga disebabkan persekitarannya. Kedua-duanya mungkin tersalah alam persekitarannya.

Secara jujur, aku sebenarnya tidak bersetuju mana-mana pihak membunuh mereka berdua. Hal ini kerana kedua-duanya pakar membuat bom dan pakar strategi yang ditakuti oleh Amerika. Bertahun-tahun Malaysia dan Indonesia serta Singapura memburu mereka, namun sukar dipatahkan. Alangkah baiknya jika strategi itu dapat dikembangkan. Bukan untuk mernjadi penjenayah, tetapi sebagai ilmu untuk para tentera atau rakyat berdepan dengan musuh.

Yang pasti, Malaysia dan Indonesia telah bertindak membasmi ketakutan Amerika,. Dan kini, dengan kematian kedua-duanya, Amerika menjadi sangat berani untuk mengganas di Asia Tenggara.

Setelah sekian tahun dan setelah sekian banyak wang serta tenaga dibelanjakan untuk melatih mereka berdua, setelah terbukti mereka berjaya merealisasikan ilmu yang dipelajari, maka kita memburu dan membunuhnya. Secara halus, isyarat ini memberitahu bahawa awak jangan terlalu taksub terhadap sesuatu yang dipelajari kerana ketaksuban itu akan menjadi musibah kepada diri anda.

Pada pandangan saya, alangkah baiknya jika kedua-duanya tidak dibunuh. Alangkah baiknya jika kedua-dua orang ini dapat ditangkap hidup-hidup dan dibawa ke Malaysia. Kemudian, mereka berdua kita letak di suatu tempat khusus untuk mereka mencipta bom demi bom. Mungkin tempat itu dinamakan Makmal Bom. Ia dikawal ketat oleh polis dan tentera Malaysia yang terkenal dengan kecekapan mematah para demonstran aman.

Barangkali Malaysia akan beroleh manfaat dengan Makmal Bom itu. Setidak-tidaknya, Malaysia boleh menjadi negara pengeluar bom terbesar di Asia Tenggara. Mutu bom itu boleh diuji di Iraq melalui bantuan dan hubungan baik Malaysia-Amerika. Dan, Malaysia setidak-tidaknya akan menjadi besar-gagah yang digeruni dan ditakuti Singapura. Mungkin, Singapura tidak akan memperkecil-kecil dan memperbodohkan Malaysia sebagaimana dilakukannya kini.

Entahlah. Mungkin pandangan saya ini salah. Mungkin juga usaha membunuh mereka itu tidak tepat.

2 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

Berita menarik siaran Akhbar 13 Ogos 2009 ialah tentang Nordin Mat Top, yang khabarnya dibunuh pada 08.08.09 di Temenggung, Jawa Tengah, ternyata bukan beliau, sebaliknya mangsa itu bernama Ibrohim. Ini peluang kepada polis malaysia dan Indonesia atau sesiapa sahaja untuk menangkap Nordin, bukan membunuh. Kalau kita memburu Nordin dengan niat mahu membunuhnya, maka apa bezanya kita dengan Nordin. Atau, apa bezanya kita dengan PKM yang dianggap kejam. Sama-sama pembunuh, sama-sama pengganas, sama-sama kejam. Inilah peluang untuk memanfaatkan ilmu yang ada pada Nordin.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

salam sdraku..

satu pandangan yg amat 'menangkap haru' pd diri teman.

bukan soal kemampuan kedua2nya membuat bom, tp lebih kpd pengalaman teman mengikuti satu program bersama arwah ustaz nordin mat top dulu. lama dulu.

orang yg mengenali arwah, pasti tetap berpendirian bhwa beliau BUKAN pganas- spt yg digembargembur n dicananglenangkan oleh media dsb.

sifat kebencian kuatnya kpd musuh Islam, sikap kerasnya thadap golongan kuffar, munafik n zalimun, mjadikn beliau insan yg sengaja dimusuhi..

smga Allah cucuri rahmat atas rohnya. amiin.