Selasa, 11 Ogos 2009

Kisaran

Objek ini merupakan salah satu bukti kebijakan dan teknologi orang Melayu dahulu. Namanya Kisaran. Ia diperbuat dengan batu bukit. Alat ini menjadi keperluan utama para suri, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Aku sendiri pernah terlibat sebagai pengisar beras untuk membuat kuih.
Alat ini mempunyai dua bahagian. Batu Bahagian atas boleh berpusing, manakala batu bahagian bawah statik.
Beras akan direndam beberapa jam sehingga 'bekak' (kembang). Beras yang sudah bekak dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam lubang (di bahagian atas) dan dipusing dengan menggunakan tangan. Lubang bersegi empat di bahagian sisi itu ialah tempat pemegang (diperbuat daripada kayu). Bahagian tengah (dalam) ada satu kayu pemegang antara bahagian atas dengan bahagian bawah, agar batu bahagian atas tidak beralih ketika diputarkan. Manakala pada bahagian permukaan batu bahagian bawah terdapat sedikit lurah untuk mengalirkan tepung keluar ke lurah di sekelilingnya, dan seterunya tepung itu mengalir ke bahagian berbentuk V.
Tepung beras itu dimasukkan ke dalam guni gandum (kain) untuk disejatkan. Lazimnya, ibu akan meletakkannya di atas permukaan kisaran dan ditindih dengan bahagian atas batu kiran tersebut.

Daripada proses ini terhasil pelbagai jenis kuih berasaskan tepun beras seperti ode-ode, lompat tikam, teri mandi (kepik hidung), puteri dua sebilik (tepung bungkus), buah gomok, tepung bokol, tepung talam, dan lain-lain.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak lagi teknologi masyarakat Melayu dahulu yang sudah pupus ditelah kemodenan. Batu giling, bubu ranggas, loncatan, siding bikah, lesung kayu,kisaran padi, alat tenggala. Budak-budak sekarang dah tak kenal itu semua. sayang................

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya, saya sendiri terkenang pengalaman lampau. Kalau ada gambar akan saya siar dalam blog ini, untuk pengetahuan anak-anak kita.