Isnin, 30 Ogos 2010

Belajar Dari Namewee

Namewee atau Wee Meng Cheng buat hal lagi. Dahulu dia pernah menghina lagu rasmi negara Malaysia. Kali ini dia dikatakan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman. 

Apakah klip video berkenaan tidak tersengaja?
Saya boleh percaya kalau kes pertama dahulu dibuat tanpa terfikir sensitiviti atau adab sebagai warga negara yang dihinakan lagunya. Untuk kes yang kedua ini, pada pandangan saya, adalah disengajakan. Mungkin beliau berasa bangga kerana terlepas daripada hukuman pada devian yang pertamanya. Kali ini, barangkali, dia mahu menguji kerajaan atau pihak keselamatan dalam menangani deviannya. Kalau benar, bererti beliau sengaja mencabar atau menghina negara.


Justeru, saya fikir pihak kerajaan melalui organisasi keselamatannya tidak boleh bertolak ansur terhadap Namewee lagi. Tindakan tegas perlu diambil. Adalah tidak wajar seorang warga negara yang diberi perlindungan, saraan hidup, malah mungkin membiayai pendidikannya, setelah berjaya, dia bertindak menghina negara yang pernah membantunya. 
Sekiranya pihak kerajaan tidak bertindak tegas, seolah-olah pihak kerajaan 'takut' pada Namewee, atau memberi isyarat kepada rakyat yang lain bahawa tidak salah menghina negara sendiri. Dan, perbuatan ini boleh dilakukan, lebih-lebih lagi ketika berada di luar negara. Ia akan menjadi rujukan penting terhadap perlakuan seumpamanya pada masa akan datang.

Kerajaan boleh bertindak, misalnya melucutkan kerakyatan atau menahannaya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atau seumpamanya. Kita tidak rugi kehilangan seorang rakyat yang walaupun pintar, namun tidak bermoral dan tidak setia terhadap negaranya. Orang seperti ini cenderung menjadi musuh dalam selimut atau agen yang membekalkan rahsia negara kepada negara asing.

Kalau pihak keselamatan sanggup menahan pembela tanah air yang ingin membakar bendera Indonesia, sebagai tindak balas terhadap sebahagian rakyat Indonesia yang menghina rakyat dan bendera Malaysia, dan membaling tahi kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta, maka tidak ada sebab kerajaan melalui pihak keselamatan tidak boleh bertindak terhadap Namewee. Perbuatannya lebih hina daripada dua orang pemuda berkenaan. 

Kecualilah, kita juga orang yang hina dan biadab terhadap negara seperti Namewee.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bersetuju dengan pandangan tuan...bahkan isu ini mungkin akan digunakan sebaiknya oleh pihak pembangkang dalam pilihan raya kelak...semoga tindakan segera diambil kerajaan...

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih, Tuan Tanpa Nama

Unknown berkata...

Sdr.Nassury,

Jangan-jangan, dia diupah untuk buat macam tu. Hanya berteori -Teori Konspirasi.

Nizam Dungun bekas junior kat IPSI berkata...

Pada pandangan saya, tindakan tegas lebih ditujukan kepada pesalah yang berbangsa Melayu serta beragama Islam. Cuba tengok berapa ramai penghuni di "asrama ISA" yang berbangsa Melayu berbanding yang lain.