Isnin, 2 Ogos 2010

Rekod Tak Perlu Dibanggakan

Akhbar Kosmo!, 26 Julai 2010 melaporkan tajuk “Bilionair Malaysia Cipta Rekod di New York.” Saya rasa bangga membaca tajuk berita tersebut. Namun, kebanggaan itu menjadi rasa yang sangat meloyakan dan menghinakan. 

Dilaporkan bahawa Zhen Low telah menghabiskan sebanyak AS2.6 juta yang bersamaan RM8.30 juta dengan membeli banyak botol minuman keras, dalam satu pertaruhan dengan hartawan bernama Winston Fisher. 

Membeli barangan untuk dibelanjakan, walau semahal mana atau sebanyak manapun, bukan suatu rekod, apalagi untuk dikongsi kebanggaan. Yang saya terasa ialah satu penghinaan oleh warga Amerika, baik oleh Winston Fisher mahupun Paris Hilton. Berita ini menghantar mesej bahawa bilionair Malaysia tidak cerdik, kuat berbelanja, membazir dan suka berfoya-foya. 

Dalam situasi rakyat Malaysia ditindas oleh pemerintah dengan menaikkan harga barang melalui tipu daya penyelarasan subsidi, kita dihidangkan berita pembaziran wang sehingga RM8.30 juta di luar negara. 

Alangkah baiknya jika wang sebanyak itu diberikan kepada kerajaan bagi menampung penyelarasan subsidi tersebut. Nama Zhen Low akan dikenang bilionair yang sangat dermawan.

Tiada ulasan: