Isnin, 2 Ogos 2010

Sukar Percaya


Akhbar Kosmo! 20 Julai 2010 memetik blog Che Det (Dr Mahathir Mohamed) yang mencadangkan agar kerajaan sekat laman web lucah. Sukar nak percaya bahawa cadangan itu datang daripada orang bernama Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. 

Cadangan itu disebabkan beliau bimbang dengan keselamatan negara dan kemerosotan moral para generasi baharu, satu kebimbangan yang tidak pernah dirisaui oleh para pemimpin ketika itu.

Dr Mahathir Mohamed merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan alam siber di negara ini pada era 1990-an.  Pada masa itu (1990-an), laman-laman lucah begitu bermaharajela di ruang skrin komputer apabila seseorang melayari internet. Tanpa diminta, laman web lucah datang menawarkan khidmat mereka.

Seingat saya, golongan paling kuat membantah dan meminta kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamed menyekat laman web lucah ialah kumpulan partai PAS.  Antara pemimpin pembangkang yang banyak menyuarakan kebimbangan masalah ini ialah Salahuddin Ayob. Malangnya, barisan pemimpin beliau dan beliau sendiri tidak ghairah menyekat kemasukan laman web lucah berkenaan. Mereka menyerahkan kepada rakyat menilai baik dan buruknya. Hasilnya, para generasi muda dan tua 'berlumba-lumba menjerumuskan diri’ dalam pelbagai gaya gejala maksiat hingga ramai remaja melahirkan anak haram jadah.

Kini beliau telah sedar kesilapannya menolak cadangan PAS agar kerajaan melalui agensi komunikasinya menyekat laman berkenaan. Dr Mahathir yang dianggap bijak itu, rupa-rupanya 10 tahun ketinggalan berbanding Salahuddin Ayob.

Walau apapun, tahniah kerana akhirnya Dr Mahathir sedar juga akan peribahaya laman web lucah. Malangnya, kesedaran itu lahir setelah beliau tiada kuasa dan mampu bercakap sahaja, sebagaimana status Salehuddin Ayob dulu.

Tiada ulasan: