Khamis, 2 September 2010

Setuju Cadangan Mustar


Saya setuju dengan cadangan Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung, agar kerajaan Indonesia membawa pulang semua rakyatnya di Malaysia, kecuali yang berkhidmat di kedutaan. Kita pun amat besar hati jika Mustar sendiri menguruskan membawa pulang rakan-rakan mereka. Tidak kiralah cara mana sekali pun, yang penting bawa balik semuanya. Kita pun sudah bosan memikul biawak hidup. Kerajaan Malaysia juga perlu menyahut permintaan Mustar ini. Bolehlah projek pemutihan dijalankan sekarang. Pemimpin-pemimpin lelaki, janganlah ditunggu-tunggu arahan daripada isteri baru hendak bertindak. Demikian, pemimpin wanita. Jangan tunggu arahan / restu suami baru hendak melaksanakan. Dan polis, di bawah kepimpinan baharu, bolehlah melaksanakan projek pemutihan kali kedua ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Nassury,

Rakyat Indonesia di Malaysia dah cecah 1. 2 juta atau 2.2juta orang (kalau tak salah fakta yang saya dengar dalam Buletin Utama).

Tanpa Nama berkata...

betul..tapi makin lama angkanya akan jadi semakin banyak...

MARSLI N.O berkata...

Sdr Nassury: Saya suka dengan satira ini.

MARSLI N.O

Nizam Dungun bekas junior kat IPSI berkata...

Ghalibnya, kata para jauhari, "Teras KEJAYAAN @ KEKAYAAN seorang lelaki/jantan disumbang oleh wanita/betina". Dalam semua episod dan epilog pengkisahan semenjak zaman mitos hingga zaman globalisasi, jatuh bangkit seseorang BOSSSSS ditunjangi oleh watak feminim. Unsur femenisme merupakan suis dalam sebarang tindakan di negara antah berantah ini! Woi, tunggu mende! Bertindak SELALU (dialek "Teranung" bermaksud SEKARANG).

Khairulhak H. berkata...

Sdr. Nassury,

Saya pun suka juga dengan tulisan ini. Bendera mahu rakyat mereka pulang, tapi rakyat mereka yang di sini angkat bendera putih tanda tak mahu pulang. Belum masuk lagi yang menyelinap tanpa izin.

Bangladesh, Nepal, Filipina, Myanmar pun mungkin patut kena ada Bendera sendiri panggil pulang semua rakyat mereka. Kos tanggung sendiri.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Kepada semua
Lama tak buka blog disebabkan sibuk. Terima kasih atas pandangan anda.

Saya membaca blog Mustar. Rupa-rupanya dia mangsa keganasan tentera Indonesia semasa belajar di Uni. Kriten Ind. Dari situ jiwanya memberontak dan mengganas. Maka dia terlibat dalam banyak demostrasi di Indonesia.

Peliknya, mengapa dia mahu ganyang Malaysia, sepatutnya dia ganyang tentera Indonesia.

Kita banyak membantu memberi makan rakyat Indonesia, membantunya mereka keluar daripada kepompong kemiskinan, tetapi begini pulak visi pembalasannya.

Bolehkah kalau kita katakan nasib kita 'Bagai menolong anjing tersempit?'

Zaid Akhtar berkata...

"Lalu, saat kapal polis Malaysia datang kenapa lari? Kalau yakin ada di wilayah sendiri, ya, hadapi dong," ujar Havas Oegroseno, Ketua Pengarah Hukum dan Perjanjian Internasional Kementerian Luar
Indonesia, menurut akhbar Kompas.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Nassury,
Janganlah terlalu pantas dan kurang cerdik melayan provokasi.

Jika hendak dihantar pulang hantarkan sekali bapak Perdana Menteri kita, kerana dia juga keturunan dari seberang, begitu juga kerabat2 di NS, di Selangor di Johor.

Kita semua pun harusnya dihantar pulang, tinggalkan saja bangsa Cina, India dan orang asli.

Jangan dilupa asal keturunan, jangan diherdik keturunan sendiri. Tak ada jawa hilang sudah Johor (dan bugis), Selangor (dan bugis), Perak. Tak ada minang hilang sudah Negeri Sembilan.

Selaku pendidik, beringatlah dalam memberi suatu pandangan, kelak binasa. Janganlah "action" sangat dengan bangsa melayu yang lemah ini. Apa orang melayu ada? Tanah? Budaya? Ekonomi? Politik?

Maaf zahir batin, selamat hari raya!

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih Tanpa Nama 8 September, atas pandangan anda itu, tetapi kenapa Tanpa Nama?

Harus dibezakan antara rakyat dengan bukan rakyat. Rakyat negara lahir setelah pembentukan negara, selepas itu, walaupun dari rumpun sama, ia tetap tidak dianggap rakyat. Sebab itu ada istilah 'pedatang asing / pendatang tanpa izin' walaupun dari rumpun sama, tetapi berlainan negara.
Orang jawa / Bugis / Batak yang telah jadi warganegara bukan pendatang. Tetapi, orang Melayu / Jawa/ Bugis/ atau Batak yang bukan warganegara Malaysia, mereka datang ke Malaysia, mereka dianggap pendatang / orang asing.
Justeru, telah anda - perlu dihantar pulang semuanya kecuali Cina, India dan Asli adalah silap.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Nassury
Saya setuju dengan pandangan anda. Tepat dan jelas. Anda tidak keliru antara rakyat dengan bukan rakyat. Generasi Cina mahupun India kini bukan lagi pendatang. Yang pendatang ialah orang Indonesia yang datang tanpa halal. Melanggar undang2 negaranya dan negara kita. Mereka bukan bangsa yang tahu berterima kasih, moralnya belum bertamadun.

Tahniah Nassury. Fikiran anda jelas dan tepat.