Tok-tok imam Malaysia tidak berguna. Tidak tahu memimpin solat terawih. Mereka hanya mampu memimpin solat fardu yang dua, tiga dan empat rakaat sahaja. Apabila mahu mengerjakan solat sampai lapan rakaat, mereka tidak mampu. Maka diserahkan kepada orang lain memimpin solat terawih. Barangkali tok-tok imam di Malaysia sudah tua baka belaka. Tenaga tidak kuat mengerjakan solat terawih. justeru, sekali lagi saya katakan, tok-tok imam di Malaysia tidak berguna sepenuhnya.
Inilah persepsi saya terhadap tok-tok imam dalam bulan Ramadhan ini. Anda jangan memarahi saya. Perhatikan tok-tok imam di masjid, surau atau madrasah di sekitar anda, dalam bulan Ramadhan ini. Siapakah mereka? Apakah masih imam tempatan atau imam import.
Beberapa buah masjid, surau dan madrasah yang saya kunjungi, mereka guna khidmat imam solat terawih diimport. Ada yang diimport dari Yaman, dari Mesir, Arab Saudi, Indonesia dan Thailand, di samping dari Malaysia sendiri. Termasuk surau di taman perumahan tempat aku tinggal. Imam import datang memimpin solat terawih sepanjang bulan Ramadhan.
Adakah bacaan imam import ini baik dan bermutu? Berdasarkan pengalaman di sebuah masjid, saya dapati bacaannya tidaklah baik berbanding imam tempatan pada tahun lepas. Bacaannya laju sehingga bunyinya agak janggal sedikit. Mungkin ia bacaan berdasarkan mazhab tertentu. Almaklumlah, saya tidak arif tentang bacaan al-Quran ini.
Imam-imam import ini bukan datang serela hati memimpin solat terawih. Mereka dipanggil. Adab memanggil tentulah melambai dengan ganjaran. Ganjaran itu ialah berupa wang tunai.
Baik tok imam import di masjid, di surau mahupun madrasah, semuanya dibayar. Duitnya dikutip daripada derma orang ramai. Mereka dijanjikan sejumlah wang saguhati jika menerima lamaran masjid, surau atau madrasah. Ganjaran itu tidak termasuk derma-derma daripada pengunjung. Kadangkala derma yang diperoleh sehingga separuh daripada ganjaran yang dijanjikan.
Tok-tok imam import ini diberikan ganjaran tetap antara RM5,000 hingga berbelas-belas ribu khusus untuk mengimami solat terawih di bulan Ramadhan ini sahaja. Solat fardu tetap diserahkan kepada tok imam asal.
Ganjaran itu tidak termasuk derma orang ramai.
Tidak tahu pula, apakah tok-tok imam import ini mempunyai permit atau tidak. Kalau mengajar agama mesti ada permit, bimbang mendewakan orang bukan Islam dalam doa selepas solat. Apakah mereka mendapat kelulusan daripada majlis agama negeri atau Jakim. Atau, mengambil imam import untuk solat terawih ini merupakan antara dasar kerajaan. Saya tidak pasti.
Dan, tidak tahu pula tahap keimaman dan ilmunya. Apakah kerja di negara asalnya? Yang pastinya, ramai tok-tok imam import di masjid, di surau di madrasah di negara kita sepanjang Ramadhan ini dan dibayar. mereka nampak begitu seronok.
Dan, tidak tahu pula tahap keimaman dan ilmunya. Apakah kerja di negara asalnya? Yang pastinya, ramai tok-tok imam import di masjid, di surau di madrasah di negara kita sepanjang Ramadhan ini dan dibayar. mereka nampak begitu seronok.
Kalau tok-tok imam import dibayar sampai berbelas ribu ringgit, bagaimana pula nasib tok-tok imam asal / tempatan? Apakah mereka juga dibayar sedemikian banyak bagi mengimami solat fardu? Apakah perasaan tok-tok imam asal apabila tugasnya diambil-alih oleh orang lain dan dibayar dengan harga mahal sekali? Sedangkan dia sendiri pun memerlukan duit untuk menyara diri dan keluarga.
Dan, apakah tok-tok imam asal ini dibayar setaraf dengan khidmatnya?
Dan, apakah tok-tok imam asal ini dibayar setaraf dengan khidmatnya?
Saya tidak berniat mengatakan bahawa tok-tok imam Malaysia tidak berguna. Namun, dengan mengambil tok imam import seakan memberitahu bahawa tok imam Malaysia tidak berguna. Atau makmum tidak khusyuk berimamkan tok imam Malaysia.
Tidakan ini seumpama menyusu kera di hutan, anak sendiri dibiarkan mati (kempunan) kelaparan. Inilah sikap orang Malaysia. Tidak menghargai jasa yang sepatutnya.
Tentunya, keputusan mengambil imam import tidak dibuat oleh tok imam. Saya yakin keputusan itu diambil oleh jawatankuasa masjid atau surau atau madrasah berkenaan. Maka, frasa tok imam Malaysia tidak berguna itu sebenarnya saya tuju kepada jawatankuasa masjid atau surau atau madrasah. Mereka seolah-olah menganggap tok imam asal tidak berguna. Mereka sanggup membelakangkan tok imam sedia ada. Sudahlah mengimport imam luar, diberikan pula ganjaran yang berlipat kali ganda yang diterima oleh tok imam asal.
Lainlah kiranya imam import itu diganding dengan imam asal, bagi mengurangkan kekangan tok imam asal sepanjang bulan Ramadhan.
Lainlah kiranya imam import itu diganding dengan imam asal, bagi mengurangkan kekangan tok imam asal sepanjang bulan Ramadhan.
Bukankah perbuatan ini juga mendorong perpecahan institusi masjid? Katakan, kalau tok imam asal merajuk dan tidak mahu mengimami lagi solat, apakah tok imam import akan meneruskan kerjaya memimpin solat fardu di luar bulan Ramadhan?
Apalah salahnya, jika kita bayar lebih kepada tok-tok imam asal kita, pada bulan Ramadhan ini, dan hentikan mengimport tok imam. Kecualilah, memang keimaman kita sangat lemah tidak setanding mereka. Dan, Islam kita hanya celup sahaja, seperti orang celup tembaga / perak dalam cecair emas.
Saya percaya dan yakin bahawa tok-tok imam di masjid, surau dan madrasah, walaupun sudah tua baka, mereka merupakan imam yang sangat berguna. Merekalah yang menyelamatkan masjid, surau dan madrasah daripada sunyi dan sepi. Merekalah yang menyelamatkan anak-anak kariah daripada ditimpa bala dan kemurkaan Allah kerana sibuk dengan urusan dunia hingga lupa sejadah di masjid, di surau dan di madrasah. Yang tidak bergunanya ialah pengurus atau jawatankuasa masjid, surau atau madrasah yang membelakangkan imam asal. Biasanya, mereka ini hanya sekali-sekala sahaja datang menghidupkan masjid, surau atau madrasah.
Dan, siapakah yang tidak berguna itu. Tok imam, jawatankuasa masjid atau surau atau madrasah, atau kita orang Melayu Islam? Yang pasti, mereka ialah jawatankuasa masjid atau surau atau madrasah berkenaan.
Saya percaya dan yakin bahawa tok-tok imam di masjid, surau dan madrasah, walaupun sudah tua baka, mereka merupakan imam yang sangat berguna. Merekalah yang menyelamatkan masjid, surau dan madrasah daripada sunyi dan sepi. Merekalah yang menyelamatkan anak-anak kariah daripada ditimpa bala dan kemurkaan Allah kerana sibuk dengan urusan dunia hingga lupa sejadah di masjid, di surau dan di madrasah. Yang tidak bergunanya ialah pengurus atau jawatankuasa masjid, surau atau madrasah yang membelakangkan imam asal. Biasanya, mereka ini hanya sekali-sekala sahaja datang menghidupkan masjid, surau atau madrasah.
Dan, siapakah yang tidak berguna itu. Tok imam, jawatankuasa masjid atau surau atau madrasah, atau kita orang Melayu Islam? Yang pasti, mereka ialah jawatankuasa masjid atau surau atau madrasah berkenaan.
7 ulasan:
salam cikgu,
Tak bolehkah kita berlapang
dada dalam hal ini?
Hmm .. bagaimana kalau kita
tinjau dari pandangan yang
positif pula
Boleh berlapang dada. Soalnya, apa beza imam asal dengan imam import? Mengapa bayaran khidmat imam import begitu tinggi? Apakah perasaan imam asal apabila mengetahui imam import dibayar tinggi? Ada baiknya imam import diganti dengan hafiz tempatan.
tuan nassury,
apa yang dilakukan oleh sesetengah masjid dengan menjemput imam luar khususnya dari negeri Arab ialah:
i. inginkan kelainan kerana imam tempatan sudah biasa.
ii. makhraj imam arab lebih tepat sebutannya berbanding dengan lidah kita
iii. imam 'import' membaca surah2 panjang berbanding imam tempatan
iv. soal bayaran, biasanya ditaja oleh korperat atau individu tertentu
Tuan Tanpa Nama,
1. Bukan salah panggil imam import, tetapi jangan sampai membelakangkan imam asal. Sebaiknya bergilir-gilir dan rezeki diberikan juga kepada imam asal agar mereka tidak berkecil hati.
2. Berapa imbuhan diberikan kepada imam asal sebulan perkhidmatan siang malamnya, berapa imbuhan diberikan kepada imam import atas perkhidmatan malamnya. Pembahagiannya harus bijaksana.
Sdr. Fakeh,
Terima kasih kerana memberi maklumat. Nanti akan saya berkunjung ke sana, untuk memahaminya.
Terima kasih, Sdr. Fakeh.
Teringat-ingat masa kecil di kampung... Solat sunat Tarawikh 20 rakaat, setiap rakaat baca surah juzz Amma, tiada siapa pun yang 'chabut' selepas rakaat kelapan....
Sekarang, kalau ada 10 saf, lepas rakaat kelapan tinggal tiga! Surau juga yang galakkan kerana hari biasa buat 20, hari ada tazkirah, buat lapan....
(Bukan semualah... sesetengah surau sahaja. Masjid yang saya pergi boleh dibagi lima bintang kerana bersih dan 'konsisten')
saya berlapang dada dengan semua pendapat.walau siapa pun yang mengimamkan solat terawih kita.hakikatnya rakyat kita sebenarnya sudah ramai yang malas untuk solat terawih .Menjemput imam dari pondok-pondok mahu pun dari luar kononnya hendak mencari kelainan dan mungkin juga keluarbiasaan darjah kekhusyukan solat terawihnya namun bila tiba rakaat ke 8 ramai yg pancit dan angkat kaki.Menjemput imam luar bagi saya seakan suatu trend yang tidak memberi faedah yang banyak selain dari kita hanya mahu menunjuk-nunjuk betapa merdunya bacaan imam masjid tersebut. Apa salahnya baca saja ayat-ayat lazim yang langsung tidak menyeksa perasaan makmum-makmum muda di belakang yang diajar secara halus betapa susah dan payahnya melaksanakan solat terawih.walhal Islam itu adalah agama yang mudah.Jangan suatu hari nanti kita akan temui pula suatu kaum di kalangan kita yang hanya berterawih pada minggu pertama Ramadhan...dan minggu seterusnya mereka akan 'berterawih' di kedai2 dan pusat membelibelah..
Catat Ulasan