Khamis, 17 September 2009

Ulasan Puisi "Mesej atau Moral di dalam Sajak" (Cuplikan)


oleh Rahman Shaari
Ssajak Nassury Ibrahim berjudul 'Cermin' memang baik dari segi penyampaian moralnya. Baris awal sudah menarik, walaupun maksudnya biasa sahaja:
cermin tidak pernah berkata bohong
Baris pertama itu diperkembangkan. Dari perkembangan itu kita menemui moralnya yang dipadu dalam bentuk yang agak harmonis. Cermin adalah suatu kata yang menimbulkan makna konotatif, tidak hanya makna denotatif.
Nassury Ibrahim membandingkan (secara kontras) di antara pengemis dengan pemerintah. Kedua-duanya akan dapat melihat diri melalui cermin. Pengemis boleh menatap 'wajah hidupnya.' Pemerintah boleh 'merawat gaya pemerintahannya.' saya amat senang dengan sajak pendek ini.
Siaran: Majalah Remaja, November 1984.

Cermin

Cermin tidak pernah berkata bohong
meski ia terbalik atau pecah
pada yang menatapnya seorang pengemis
tua yang mahu melihat wajah hidupnya
atau seorang pemerintah yang mahu
merawat gaya pemerintahannya.

Siaran: Majalah Remaja, November 1984

Kumpulan Sajak 'Cermin', Gapri, 1987

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nassury, salam Aidilfitri daripada saya untuk anda sekeluarga semoga sentiasa mendapat rahmatNYA.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih. Demikian itu juga harapan saya kepada anda sekeluarga.