Ramai rakyat Malaysia ditipu oleh pembantu rumah Indonesia. Kontrak dua tahun berkhidmat hanya hiasan kata-kata sahaja. Mereka hanya guna alasan berkhidmat sebagai pembantu rumah untuk datang ke Malaysia, sebelum meneruskan agenda sebenar. Di sini saya paparkan tiga kisah benar tentang tempoh perkhidmatan mereka.
Cerita 1: Adik ipar (paling bongsu) telah menghabiskan duit lebih RM3,000 untuk mendapatkan seorang pembantu rumah, bernama Seri. Asalnya Jawa Barat. Janji perkhidmatan ialah dua tahun. Menurut Seri, dia mempunyai pacar yang tinggal di Kuala Lumpur. Seri selalu menelefon pacarnya. Habis tahun pertama berkhidmat, tiba-tiba Seri hilang dari rumah. Waktu itu, adik ipar saya ini berada di rumah jiran, tidak berapa jauh dari rumahnya. Menurut jiran, Seri keluar menaiki kereta Kancil yang dipandu oleh seorang pemuda. Anak-anak ditinggalkan begitu saja. Adik ipar melaporkan kehilangan Seri kepada polis dan imigresen. Pihak imigresen mengenakan denda dengan bayaran tertentu. Mujurnya, Seri tidak melarikan apa-apa barang berharga dan anak-anak.
Cerita 2: Adik ipar nombor 2 juga mengambil pembantu rumah Indonesia yang berasal dari Ambon. Saya memanggilnya Bibi saja. Bibi tidak mempunyai pacar, walaupun ada telefon bimbit. Apabila Seri melarikan diri, isteri saya cuba mengujinya.
"Kenapa Bibi tidak lari sama. Mungkin, lepas ni, Bibi pula yang kabur."
"Eh, tidak, Kak. Saya tidak seperti Seri. Saya mahu bekerja," jawab Bibi.
Selang dua bulan, saya mendapat tahu bahawa Bibi juga kabur dari rumah. Kaedahnya sama. Ada lelaki datang mengambilnya. Anak dan barang-barang tidak diusik. Laporan kepada polis dan imigresen dibuat, namun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
Cerita 3: Jiran saya, seorang doktor. Beliau ambil seorang pembantu rumah yang agak berusia, berbanding dua orang pembantu di atas. Juga berasal dari Jawa. Menurut ceritanya, yang diceritakan kepada isteri saya, dia pernah jadi pembantu rumah di Arab Saudi. Gajinya lumayan. Dia juga pernah memberitahu kepada isteri saya, dia hanya mahu bekerja setahun sahaja dengan majikannya itu. Tepat sebagaimana dikatakan, dia meminta doktor menghantarnya ke airport untuk pulang. Dia tidak kabur. Dia cuma memberitahu doktor bahawa ayahnya sakit tenat di kampung, dan mahu pulang melawatnya. Sehingga kini, dia tidak datang menyambung khidmatnya. Sampai sekarang doktor tidak mempunyai pembantu rumah.
Daripada 3 kisah itu, saya percaya, memang ada kumpulan yang menguruskan pembantu rumah Indonesia untuk kabur dan berkhidmat setahun saja. Pembantu rumah ini akan diserahkan kepada keluarga lain dengan bayaran ditetapkan kerajaan. Setelah setahun berkhidmat, akan dipindahkan kepada keluarga lain pula. Dalam tempoh dua tahun perjanjian perkhidmatan, agen (kalau dilakukan oleh agen) dapat bayaran berganda. Malanglah kepada majikan yang terpaksa membayar beribu-ribu ringgit, sedang tempoh perkhidmatannya lebih singkat berbanding dijanjikan.
Mungkin anda juga mempunyai pengalaman tersendiri.
3 ulasan:
salam pak,
Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s : raya ganu ke
Salam ....
Memang rasanya ada agen yang begitu membekalkan pembantu janji 2 tahun tapi lepas 1 tahun hilang.
Alhamdulillah , pembantu saya tiada masalah . Berkhidmat dengan saya selama 4 tahun. Tapi bila dah lama ...lain plak jadinya.... Dia jadi terlebih lah plak. Ngalahkan majikan.
Sekarang pembantu baru dari Acheh ... buat kerja , janji siap . Walaupun tak kena pada hati dan mata ....sabo je lah ....duit dah keluar RM6 ribu..... Mana lagi nak cekau duit nak cari yang baru. Agen bagi waranti 3 bulan je.
Kadang-kadang majikan yang makan hati. Tapi saya syukur .... diaorang jaga anak saya elok...Harap berkekalan.
Sdr Abuyon
Saya raya balik traganu. Biasalah tu
sdr Mrs Att
jangan beri h/p dan bebas bkomunikasi dengan orang luar. mrk akan buat rancangan sulit untuk kabur
Catat Ulasan