Ahad, 13 September 2009

Sweeping Indonesia from Malaysia

Hanya kerana tersilap masuk Tarian Pendet dalam iklan promosi pelancongan Malaysia, sebilangan rakyat Indonesia merdeka mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Walaupun rakyat Malaysia terkejut dengan semangat luar biasa itu, namun tidak tergesa-gesa menyahutnya.
Kami cuba memahami permasalahan sebenar, lebih-lebih lagi kami tidak pernah menganggap Tarian Pendet sebagai hak milik Malaysia, apalagi hak milik individu atau hak milik bersama masyarakat Melayu di Malaysia. Malah, tidak ada dan tidak pernah ada orang Melayu yang mempraktis tarian 'patah tangan terbeliak biji mata.' Kalau adapun tarian yang sedikit sama (dari segi mata) dimainkan oleh masyarakat India Malaysia dan India seluruh dunia, tetapi ia bukan Tarian Pendet. Mungkin bahagian-bahagian tertentu dalam Tarian Pendet itu dicuri dari kebudayaan India.
Keterkejutan itu juga disebabkan tidak pernah berlaku dalam sejarah masyarakat bertamadun menggunakan isu tarian sebagai alasan untuk berperang. Lazimnya, raja-raja zaman purba berperang kerana berebut wilayah, membalas dendam, berebut takhta atau berebut wanita. Demikian juga dalam zaman moden, peperangan berlaku disebabkan berebut wilayah dan hasil ekonominya. Rakyat negara Myamar misalnya, yang ketinggalan dalam tamadun moden, berdemotrasi kerana mahu membebaskan Aung San Suu Kyi yang dianggap tokoh demokrasi. Tidak ada seorang pun rakyat Myamar yang mengisytiharkan perang atau berdemotrasi kerana berebut makanan, apatah lagi atas alasan tarian.
Dalam hal ini, sebilangan masyarakat Indonesia di bawah koordinator Mochtar Bonaven yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mencipta rekod dunia sepanjang zaman kerana mencipta musuh dan mengajak berperang atas alasan tarian.
Kita juga terpanggil untuk menganalisis ahli-ahli Bendera yang tiba-tiba mengisytiharkan diri mereka sebagai teroris dan mahu tunjuk handal dan menanam kebencian terhadap Malaysia. Mungkin mereka mempunyai kenangan pahit dengan Malaysia, lantas menggunakan alasan kebudayaan untuk membalas dendam. Malaysia tidak pernah berhasrat apalagi mengisytihar menganyang Indonesia. Yang Malaysia ganyang ialah teroris-teroris Indonesia di Malaysia. Mungkin, ahli Bendera merupakan bekas-bekas teroris yang dihukum di Malaysia atau ahli keluarga teroris. Saya berkata 'mungkin' sebab memang ramai rakyat Indonesia datang membuat kejahatan di Malaysia. Ada yang ditangkap dan dihukum, dan ada yang dapat melarikan diri, pulang ke tempat asal mereka.
Berdasarkan tinjauan terhadap rakyat Malaysia, daripada 100 orang yang ditanyai (baik etnik Melayu, Cina, India, Jawa, Banjar, Mandailing, Siam, Bugis), tiada seorang pun yang kenal, amal (praktis) dan meminati Tarian Pendet. Bagaimanakah hendak dikatakan Malaysia 'mencuri' Tarian Pendet sedangkan tiada seorang pun rakyat meminatinya. Malah, mereka baharu tahu bahawa wujud Tarian Pendet di dunia.
Bendera juga menuduh Malaysia sebagai maling (pencuri). Setahu saya, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang pergi mencuri di Indonesia. Yang ada ialah rakyat Indonesia yang datang mencuri di Malaysia, termasuk mencuri para gadis Malaysia daripada hak milik keluarganya.
Apabila wujud usaha Bendera menggerakkan masyarakat Indonesia untuk mengganyang Malaysia, tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia, menyerang kediaman pelajar Malaysia, lebih 300 orang mengadakan sekatan jalan raya dan siap berbuluh runcing mencari dan mahu me'sweeping' rakyat Malaysia di Indonesia, saya meragui kewarasan dan nilai kemerdekaan yang diagung-agungkan mereka selama ini. Lebih menghairankan, usaha Bendera itu disambut oleh segelintir mahasiswa yang saya anggap kelompok masyarakat yang sudah maju berfikir. Lebih-lebih lagi kelompok mahasiswa ini dari Universiti Gajah Mada, antara universiti terkenal di Indonesia dengan kebijakan berfikir warganya.
Anehnya juga, demonstrasi, dan perbuatan sweeping rakyat Malaysia dilakukan oleh masyarakat Indonesia yang tinggal di Jakarta dan beragama Islam, bukannya dilakukan oleh masyarakat Bali di Kepulauan Bali dan beragama Hindu.
Walaupun Malaysia mengimport pembantu rumah dari Indonesia, namun Malaysia tidak pernah mengimport penyapu untuk digunakan oleh si pembantu rumah berkenaan. Penyapu tetap dicipta oleh rakyat Malaysia dan rakyatnya telah diajar menggunakan penyapu sejak di sekolah dasar lagi.
Mereka diajar menyapu pasir, rumput, kertas dan sebagainya yang bertaburan di lantai di bilik darjah. Semuanya itu, jika berada di bilik darjah, dianggap sampah yang merosakan pemandangan dan keceriaan, kerana semuanya itu sepatutnya berada di tempat asalnya, bukan di dalam bilik darjah. Secantik manapun daun, kalau berada di bilik darjah, daun itu tetap dianggap sampah kerana sepatutnya daun berada di atas pokok atau di bawah pokoknya.
Demikian keceriaan bilik darjah dan rasa harmonis, ada kalanya kami bergotong-royong membasuh lantai, mengecat dinding, dan membuang sesawang.
Kami menyapu sampah-sampah itu seikhlas hati demi melestarikan hidup. Tidak pernah ibu guru atau bapak guru atau kepala guru atau sesiapa sahaja menyuruh atau mengupah atau memberikan makanan, air atau duit kepada kami sebagai upah membersihkan lantai-lantai bilik darjah. Kalau diberikan pun kami tidak akan menerimanya, biarpun sebanyak RM100. Semua itu kami buat atas kesedaran peribadi.
Dan, semasa kecil dulu, saya dan kawan-kawan juga selalu menggunakan buluh buat menangkap ikan, bedil kertas / buah pengeras, meriam karbait buluh, juga menggunakan lidi (dawai) basikal untuk memanah ular / ikan. Malah landak dan babi hutan pun kami tangkap dengan mudah. Semuanya alatan itu tidak kami guna untuk mencederakan manusia atau binatang sewenang-wenangnya. Ia hanya permainan zaman kanak-kanak yang tidak kami ulangi setelah dewasa.
Di Malaysia terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia mencari rezeki dan belajar di Malaysia, berbanding 5, 600 - 5, 900 orang rakyat Malaysia di Indonesia. Semuanya pergi kerana mencari ilmu dan tidak ada seorang pun pergi untuk menjadi maling atau melarikan anak gadis. Kami menerima kedatangan mereka atas alasan mereka ingin mencari rezeki dan mengubah kehidupan di kampung halaman.
Tidak semua 1.8 juta rakyat Indonesia itu datang ke Malaysia untuk mencari ilmu atau rezeki halal. Walaupun sebahagiannya datang semata-mata mahu melakukan pelbagai kegiatan jenayah seperti merompak, meragut, mencuri, pecah rumah, pecah kereta, samun, membunuh, merogol, mengganggu ketenteraman, mencuri anak dan bini orang, dan segala jenis kejahatan di dunia dilakukan oleh mereka di sini, namun kami tidak pernah menganggapnya musuh, apalagi sampah yang perlu disapu kerana perbuatan prapurba itu dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia yang memang sudah asalnya jahat.
Di kampung saya sahaja terdapat sekitar 10 orang rakyat Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit. Kami tidak pernah menganggu mereka dan mereka tidak pernah bawa buluh runcing atau telor busuk mengganggu kami. Mereka bebas mengamalkan kebudayaan mereka, termasuk mahu berpendet sampai pagi. Mereka ini tidak berpelajaran dan berasal jauh di pedalaman pulau-pulau miskin di Indonesia, bukannya di Jalan Diponegoro, atau Jakarta yang terkenal sebagai pusat kemajuan di Indonesia. Malah kami sentiasa memberi bantuan kerana kampung saya jauh dari pekan dan mereka juga serumpun dengan kami.
Justeru, saya saran anda berfikirlah sebagai rakyat bermartabat di negara merdeka dan mahasiswa yang matang, sebagaimana dibanggakan, kerana apa yang anda lakukan, ia tetap memberi imej buruk kepada kami pada persepsi masyarakat dunia kerana anda juga dari rumpun Melayu. Dan, eloklah juga anda membaca artikel berjudul 'Fikir Rakyat Indonesia Di Sini' siaran akhbar Utusan Malaysia pada 11 September 2009 di URL: http://www.utusan.com.my/. Kepada Bapak Khairuddin, saya menyokong kata-kata anda, "Jika hubungan ini rosak dan kami di sini terpaksa menanggung kerugian kerana hilang mata pencarian, kami akan kirim pasukan dari sini pulang ke Indonesia dan mencari orang-orang yang merosakkan hubungan ini." dan "Jika tinggal di Indonesia, belum tentu anak-anak mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Ini sangat jelas dan nyata." Mungkin, mereka akan bekerja mengambil upah berdemonstrasi!
Dan, kepada rakyat serta kerajaan Malaysia, saya cadangkan, marilah kita secara beransur-ansur menyapu segala imej dan bayang-bayang Indonesia di Malaysia dalam semua bidang, termasuk industri hiburan.

11 ulasan:

Rositah Ibrahim berkata...

Reaksi Bendera itu memang terasa berlebihan. Tapi saya hairan dengan tukang design iklan tu - dangkal sangatkah pengetahuannya terhadap bentuk-bentuk seni kita? Atau adakah tukang buat iklan itu bukan rakyat kita?

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya, betul. Saya tertanya-tanya, siapa pemantaunya. Ini kes tiada pemantau atau pemantau tak buat kerja. Orang ini yang patut disweepingkan. Kalau tarian tu menarik, ok juga.

sahrunizam abdul talib berkata...

Tahniah Sdr Nassury,

Walaupun kita suka menyelongkar buku di toko buku dan pasar buku di Indonesia, tapi kita bukan maling. Kita beli buku-buku tersebut,kan.

Tahniah tulisan yang sangat tepat lagi tajam.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Sahrunizam, isteri saya berpendapat, kemungkinan penghasut ganyang Malaysia itu adalah bekas banduan, atau bekas penjenayah di Malaysia atau keluarga mereka. Kalau tidak, mengapa mereka marah Malaysia tidak tentu pasal.

abuyon berkata...

salam pak,

Pada saya, isu sweeping bambu runcing ini adalah kemuncak dari segala rasa kawan kita di Indonesia terhadap rentetan peristiwa yang berlaku di Malaysia. Mereka sangat prihatin apa yang berlaku di sini terhadap warga mereka. Memang, semangat bangsa dan negara mereka lebih kental dari kita.

Peristiwa orang gaji yang didera (lupa nama), PATI yang ditangkap, macam-macam lagi kes yang melibatkan warga Indonesia yang telah menyemarakkan marah mereka. Ibarat api dalam sekam, nampak asap, lama baru terbakar.

Dan pasti, adalah di belakangnya dalang yang mengambil kesempatan.

p/s : Pak, boleh tahu lebih detail tentang penyair nusantara tu, saya berminat. Masih ada lagi simpanan sajak yang belum saya siarkan di blog.

Tanpa Nama berkata...

kata orang tua2, semakin baik hubungan antara dua sahabat, semakin mudah hati terguris dan retak. seharusnya jangan terlalu mengakrabkan hubungan itu, sejarah kita bukan sahaja dengan indonesia tetapi juga singapura(singa pura-pura) tetapi hubungan suam-suam kuku dengan thailand jarang timbul konflik yang besar. kita kadang-kadang terlalu menjaga hati orang lain.......

dariana berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين
جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

kawe rasa ada agenda 'org lain' yg nak memisahkan silaturrahmi kita sebangsa sebahasa seagama dgn negara pancasila itu. orang2 arab kan memanggil kita, org2 pattani dan indonesia itu "orang2 jawi'. Allah Taala nasihatkan, mafhumnya: " bertolonganlah pada kebaikan dan taqwa, usah bertolongan pada dosa dan perseteruan!"

NASSURY IBRAHIM berkata...

Kpd Abuyon, sila semak blog Shamsudinothman.blogspot.com.

Kpd semua,
Memang ada dalang. Kerajaan Indonesia mesti tahu. Dalang ini yang mesti disapukan / diajarkan.

blogmaster berkata...

Nasib baik rakyat tanah besar Cina dan India serta Portugis tidak berfikiran seperti jiran kita tu. Rasanya orang Cina, India dan Portugis bangga sebab menunjukkan budaya mereka ada di Malaysia sebagimana kita bangga mencari orang Melayu di Afrika. Entah la, munkin sebab itu, satu persatu bala bencana Allah turunkan kepada mereka.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Saya fikir mrk berkenaan kurang cergas berfikir. Kerana Tarian Pendet yang beberapa saat je ada dalam iklan, mrk bising. Sepatutnya mrk bising sebab kita beli dan pakai kain samarinda, pelikat, tengok drama / filem Indon, makan asam jawa, mee bandung, minum air bandung, pakai kasut cibaduyut. Tak boleh pakailah puak-puak ni. Patut benar tuhan turun bala biar hapus Bendera.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Saya harap akan terbaca berita, koordinator Bendera, Mochtar Bonaven and the gangs, keluar membantu rakyat Padang yang menimpa bencana. Jangan kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi!