Setelah selesai pendaftaran, aku mengarahkan 20 orang tutee (5 Melayu, 6 Cina, 6 India dan 3 peribumi Sabah-Sarawak) berkumpul untuk sesi berkenalan. Aku mohon mereka memperkenalkan diri, negeri asal dan keputusan SPM yang diperoleh. Aku mula dengan tutee Melayu. 5 orang memperoleh 8 A dan seorang 7A 1B. Tutee Cina pula memperoleh antara 3A hingga 4A, tutee India (3A), dan tutee dari Sabah dan Sarawak mendapat 2A hingga 3A.
Mendengar jawapan mereka, aku segera menelefon emak saudara, Makcik Safiah, mahu bertanyakan permohonan Amir untuk masuk IPG. Awal-awal lagi aku mengucapkan tahniah kerana Amir dapat masuk IPG.
"Tidak! Tidak!" Jawab Makcik Safiah. "Amir tidak dapat masuk IPG," tegas beliau.
"Eh, 7A tak dapat IPG! Mengapa orang dapat 2A, 3A dapat masuk," ujarku.
Makcik Safiah tidak menjawab. Dia juga rasa terkejut mendengar berita itu. "Tiada rezeki la, tu," kata Makcik Safiah.
Aku bertanya kepada tutee: Mengapakah mereka dapat masuk IPG sedangkan keputusan SPMnya rendah?"
Aku bertanya kepada tutee: Mengapakah mereka dapat masuk IPG sedangkan keputusan SPMnya rendah?"
"Itu Melayu, encik. Kami bukan Melayu," jawab Cristy Micheal.
"1 Malaysia, encik! 1 Malaysia," sahut Gobalakrishnan pula.
"Ooooooooo ...," kataku. "1 Malaysia, rupanya! Lupa pula saya."
2 ulasan:
anekdot yang menarik
Slogan 1 Malaysia rasa saya, sama taraf dengan slogan pengenalan budak-budak Akademi fantasia ...Mawi- World!, wassup-wassup, dan entah apa-apa lagi la!
Mana ada jiwanya...
Catat Ulasan