Isnin, 28 Jun 2010

Ya, Mereka Sudah Terlebih Gila

Ada macam-macam jenis gila. Ada gila perempuan dinamakan kaki perempuan. Tetapi kaki perempuan tidak sama dengan gila pada perempuan. Ada gila judi. Ada gila memancing. Ada gila bola, dan macam-macam. Gila ini sebenarnya bukan gila, tetapi gila-gila.

Sekarang ini rakyat Malaysia telah dijangkiti satu lagi jenis gila. Ia memang gila tetapi tidaklah sampai ke gila mental. Gila baharu ini ialah gila 1 Malaysia.

Kalau gila perempuan, gila judi, gila bola adalah kerana minat yang amat sangat. Saya percaya, gila pada 1 Malaysia bukan kerana minat untuk menjayakan 1 Malaysia, tetapi kerana ingin membodek PM Mohd Najid yang memperkenalkan 1 Malaysia.

Tentu ada harapan di sebalik gila itu, iaitu berharap PM Mohd Najid akan memberi imbuhan terhadap gilanya itu. 

Ini adalah satu cara untuk cepat naik, yang sebenarnya adalah 'membodohkan' pemimpin kalau tidak betul-betul diperhatikan gilanya itu.

Hari ini seluruh IPG di Malaysia menerima pelajar baharu dari kumpulan KPL-SPM dan KPLI. Sebagaimana pihak lain, pihak IPG / KPM juga tidak mahu ketinggalan mempersembahkan gila pada 1 Malaysianya. Maka itu, para pelajar untuk satu-satu kumpulan pengajian dicampurgaulkan dalam pelbagai etnik dan datang dari pelbagai ceruk.

Gila jenis ini satu usaha yang bagus, untuk mengeratkan perpaduan.

Dalam majlis bertemu dengan keluarga ibu bapa, sekali lagi pihak IPG menunjukkan gilanya pada 1 Malaysia. Caranya, dalam majlis itu digunakan pelbagai bahasa untuk menyampaikan maklumat yang kononnya untuk mesra pelanggan. Bahasa pengantar bukan lagi bahasa Melayu, sebaliknya semua bahasa utama yang ada di Malaysia telah menjadi bahasa pengantar.

Pada saya ini terlebih gila 1 Malaysia dan kita boleh anggap penganjurnya sudah gila mental. 

Dalam undang-undang negara Malaysia telah dinyatakan hanya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan rasmi kerajaan. Bertemu dengan ibu bapa pelajar dalam satu majlis anjuran badan kerajaan merupakan majlis rasmi yang sepatutnya guna bahasa Melayu sepenuhnya.

Di belakang nterdengar runggutan ibu bapa yang berasa pelik dengan majlis rasmi satu badan pendidikan yang bernama IPG.

Yang pasti, mereka bukan lagi gila 1 Malaysia, tetapi sudah gila mental kerana mahu membodek 1 Malaysia. Mereka sanggup melanggar undang-undang negara dan menghina bahasa dan bangsa sendiri.

Ya, mereka sudah terlebih gila

4 ulasan:

Zawawi Aziz berkata...

Hakikatnya tiada siapapun yang benar-benar faham gagasan '1Malaysia' yg malang itu, jadi
tidak hairan apabila masing-masing menunjukkan 'gila'
dengan ragam tersendiri.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya, apabila seseorang berkata, "SALAM 1 MALAYSIA," apakah perkataan yang patut digunakan untuk menjawab salam itu?

Saya tidak tahu jawapannya.

abuyon berkata...

salam cikgu,

Itulah yang dinamakan, bapa borek
anak rintik cikgu

Orang makan najis, kita pun
makan najis

Orang terjun lombong, eh kita
pun sama terjun

Orang lari laju, kita lagi
laju, padahal apa sebab
lari entah tidak tahu

Itulah orang kita,
cikgu

Lihat sejarah Hang Tuah, pembesar
dan rajanya, ikut saja

Bagaimana pemimpin demikianlah
yang dipimpin!

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya, pada saya kita sedang menjunam kehancuran