Kawan saya, Encik Ahmad, sejak seminggu dua ini datang lambat ke tempat kerja. Ada kalanya beliau ambil cuti. Semuanya kerana terlanjak terlelap. Beliau berjaga malam. Kadangkala pukul 4 pagi baru tidur. Ada kalanya pula, bangun pukul 2 atau pukul 3 pagi dan menonton siaran bola yang tamat hingga pukul 5 atau pukul 6 pagi. Saya puji Encik Ahmad kerana sanggup bangun pukul 2 atau 3 pagi semata-mata mahu menonton bola Piala Dunia. Maka, saya bertanyakan: Apakah bangun pukul dua atau tiga pagi itu sudah menjadi amalan?
"Tidak," jawab Encik Ahmad. Katanya, dia susah bangun pukul 2 atau 3 pagi kalau tidak kerana bola. Saya setuju. Memang susah bangun pada pukul tersebut. Makanya, saya tidak pernah bangun untuk menonton perlawanan bola. Malah, siaran pada pukul 9 atau 10 malam pun saya tidak menonton. Sebabnya, saya tidak minat bola.
Saya kagum pada Encik Ahmad. Kerana bola, dia dapat bangun pukul 2 atau 3 pagi. Beliau tidak pernah ketinggalan menonton pasukan idolanya beraksi. Yang sedihnya, Encik Ahmad tidak dapat dan tidak pernah bangun pada pukul tersebut semata-mata mahu sembahyang tahajud.
3 ulasan:
salam cikgu,
Inilah penyakit yang disebut
oleh Rasulullah SAW
Cinta dunia, takut
mati
Itulah kita
cikgu!
Salam Cikgu..TK atas kunjungan.
Amat menarik jika sebe;um menonton En. Ahmad dapat bertahajjud dahulu. Memang sukar untuk medilakukannya.
Abuyon,
diri kita ini penuh penyakit hingga kita tak tahu membezakan penyakit dengan bukan penyakit.
Zabs,
Terima kasih kunjungan balas. Semoga ada sesuatu yang boleh dikongsi.
Catat Ulasan