Sabtu, 24 Julai 2010

Halal


Pengusaha hotel wajar dapatkan sijil halal-Muhyiddin
KUALA LUMPUR 24 Julai - Adalah baik bagi pengusaha hotel yang mempromosi pelbagai juadah di bulan Ramadan agar memohon dan mematuhi sijil halal supaya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Sinar Harian, 24/07/2010)
Kalau aku menjadi menteri, atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri, aku akan berkata begini:
KUALA LUMPUR 24 Julai - Adalah mesti bagi pengusaha hotel yang mempromosi pelbagai juadah di bulan Ramadan mendapatkan dan mematuhi sijil halal.
Mendapatkan sijil halal  bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malahan wajib untuk selamanya bagi hotel-hotel yang ingin beroperasi di Malaysia. Jika tidak, kita tidak akan benarkan.

Hah, baru betul kita TUAN di negara sendiri dan percakapan kita 'halal'.

2 ulasan:

Hasmora berkata...

Tuan,

tetamu datang rumah
terus ke bilik lena
terus ke dapur makan
terus ke jamban mandi
terus gurau anak bini
bolehkah kita kata
sepatutnya kamu tetamu
kenalah minta izin dulu

tuan, makin lawa blog ni.

salam.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Barangkali itu ajaran baru Malaysia!