Aku baru habis memberi kuliah kissm kepada calon-calon guru J-Qaf. Tajuk yang diberikan kepada aku ialah Nilai Murni dan Etiket, dan Tonggak 12. Aku harap mereka faham dan mengerti betapa penting kedua-dua tajuk itu untuk diserap ke dalam diri.
Pada permulaan kuliah, sebagai set induksi, aku kaitkan kerjaya sebagai guru dengan sajak aku, Tukang Sajak.
Sebenarnya aku
tidak akan kaya
anugerahpun
tidak akan tiba
selain sengsara
selain derita
setiap kali aku ingin
melepaskan rasa
setiap kali aku ingin
melepaskan kata
setiap kali selepas
rasa dan kata
aku lepaskan.
1994 Watan, 16 April 1995
Sajak ini menceritakan tanggungjawab dan tanggungan yang terpaksa kita hadapi terhadap setiap pekerjaan kita. Apa yang kita lakukan tidak akan terputus di situ sahaja. Kita tetap akan menanggung kesan daripada tingkah-laku dan keputusan yang kita buat.
Demikianlah nasib guru. Segala tutur katanya akan memberi kesan terhadap pelajar. Guru bertanggungjawab terhadap setiap butir percakapannya. Kata-kata guru dan keputusan guru boleh mempengaruhi jiwa pelajar hingga mereka mati. Apa yang bakal dilakukan oleh pelajar itu mempunyai hubung-kait dengan pengajaran kita. Kita terpaksa bertanggungjawab terhadapnya. Tuhan berjanji akan membalas jasa dan nista mengikut darjah butir pertuturan itu. Ringkasnya, kita tidak boleh cuci tangan dan ambil jalan mudah.
Demikianlah nasib guru. Segala tutur katanya akan memberi kesan terhadap pelajar. Guru bertanggungjawab terhadap setiap butir percakapannya. Kata-kata guru dan keputusan guru boleh mempengaruhi jiwa pelajar hingga mereka mati. Apa yang bakal dilakukan oleh pelajar itu mempunyai hubung-kait dengan pengajaran kita. Kita terpaksa bertanggungjawab terhadapnya. Tuhan berjanji akan membalas jasa dan nista mengikut darjah butir pertuturan itu. Ringkasnya, kita tidak boleh cuci tangan dan ambil jalan mudah.
Sehubungan itu, ada beberapa pesan aku beri. Aku harap pesanan itu menjadi ingatan. Antaranya;
- Jangan memberi maklumat salah kerana ia boleh menjadi fitnah, dan fitnah itu boleh membiak, jika murid itu kelak menjadi guru dan (tanpa sedar) menyebarkan maklumat salah kita itu.
- Jangan menyusahkan guru-guru lain, terutama apabila kita ada kuasa. Umpamanya, apabila dilantik sebagai guru besar atau dilantik sebagai pegawai yang membuat dasar / peraturan. Setiap bebanan terhadap guru akan menimpa pelajar,
- Ikhlas dan bersungguh dalam bekerja kerana kalau pelajar itu berjaya, kitalah yang menjananya betapa tidak dihargai, dan kalau pelajar itu tiba-tiba tidak minat belajar kerana kita, itu tanda kitalah yang merosakkannya,
- Jangan merosakkan pelajar kerana rosak kereta boleh diperbaiki, rosak manusia sangat sukar dipulihkan.
- Guru harus sedar diri bahawa dirinya guru J-Qaf, bukannya guru pendidikan Islam, atau sama dengan guru-guru lain. Guru J-Qaf adalah khusus untuk murid bermasalah dalam pelajaran agama. Maka aku tegaskan bahawa status mereka ialah guru pemulihan. Peranan dan tanggungjawab guru pemulihan berbeza dengan guru-guru biasa.
Dan, kataku, guru yang paling berjasa dalam hidupku ialah guru-guru di sekolah rendah, bukannya guru di sekolah menengah atau universiti, terutama guru semasa aku darjah satu. Ramai guru aku dulu berstatus guru sementara (bukan terlatih). Dialah yang mengajar aku membaca dan menulis. Kerana pandai membaca dan menulis itulah, aku dapat belajar ke sekolah menengah dan universiti dan bekerja dengan gaji tinggi. Tanpa jasa mereka, mungkin aku seorang petani dan buta huruf. Biarlah orang tidak menghargai kita asalkan kita tidak merosakkan mereka.
Aku harap, mereka suka dan ikhlas dengan kerjanya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan