Khamis, 15 April 2010

Selamat Pengantin Baru


Belum terlambat bagi saya mengucapkan selamat penggantin baharu kepada adikku yang mendirikan kehidupan sendiri sekitar tahun 2006. 

Ramai yang seronok dan ingin berkahwin, tanpa mereka sedar dan faham akan tanggungjawab yang terpaksa dipikul. 

Kalau dahulu kita berdapan dengan satu keluarga, kini kita akan berdepan dengan banyak keluarga.


Semuanya perlu dijaga hubungan kekeluargaannya, antara ahli keluarga sendiri, keluarga ibu bapa, keluarga saudara-mara antara kedua belah pihak dan keluarga mentua.

Walau bagaimanapun, baik berkahwin kerana hidup membujang terlalu banyak bahayanya.

Namun, perlulah kita ingat bahawa hidup ini tidak semudah disangkakan. Rasa tidak senikmat dimimpikan.

Hayatilah lagu puisi "Permata" karya Abdulaziz HM nyanyian Kopratasa.

Betapapun, perahu kehidupan perlu diteruskan, menyelinap di celah- celah pohon kesenangan dan belukar kepayahan.

1 ulasan:

abuyon berkata...

salam cikgu,

Barakallah. Benar cikgu, hidup ini tidak
semanis yang disangkakan.

Teringat saya, lagu P. Ramlee dan Saloma.
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa
pula suami isteri. Buang yang
keruh, ambil yang jernih,
baru teguh peribadi