Jumaat, 16 April 2010

Skim Cepat Kaya

Seorang kawan mengutip wang pelabur lebih setengah juta untuk melabur dalam skim cepat kaya (SCK). Kawan aku ini cukup yakin bahawa SCKnya itu beroperasi betul. Aku mengatakan bahawa SCKnya itu sama dengan skim Pak Man Telo, cuma SCKnya itu berlindung di sebalik barangan jualan. Dia bermati-matian membantah.

Anehnya, dia sendiri melabur sedikit sahaja, berbanding dengan kawan-kawannya yang lain.

Kini, SCKnya itu telah 'disita' oleh Bank Negara. Namun, dia tidak rasa bersalah terhadap kawan-kawannya yang kehilangan begitu banyak wang. Apabila ditanya, dia tetap menjawab bahawa SCKnya itu tidak ditahan, tetapi masih dalam siasatan. Apabila selesai, wang itu akan dikembalikan. 

Dengan muka sepuluh sen, dia beralih pula ke perniagaan lain. Juga dijual kepada kawan-kawannya yang sama. 

Aku punya pandangan tersendiri dengan SCK. Pada aku, tidak semua SCK itu menipu. Ada beberapa sebab SCK itu dihentikan. Pertama, operasinya ditahan oleh Bank Negara. Bukan kerana SCK itu menipu. Operasinya benar, cuma Bank Negara yang menghalangnya menyebabkan wang dibekukan. 

Kedua, SCK ditipu oleh orang tengah yang mengutip wang. Wang dikutip tidak sampai kepada syarikat, menyebabkan pelabur mengadu dan Bank Negara bertindak. 

Ketiga, ada SCK yang mulai maju akan ditutup segera. Caranya dengan menyembunyikan wang terkumpul, kemudian taukenya sendiri melaporkan kepada Bank Negara untuk bertindak dan menyita syarikatnya. Duit telah dia bawa lari, dan kemudian tubuh SCK baharu. 

Cara ini, khabarnya, sering digunakan oleh syarikat jualan langsung.    

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ejaan deret seling tu salah
yang betul
direct seling (bahasa orang putih)
bahasa melayu "jualan langsung"

Jabatan Pengajian Melayu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ejaan seling tu
selling.............

Tanpa Nama berkata...

ana dapat agak siapa orangnya kerana dia pernah kempen ana untuk melabur sama tetapi ana diberikan akal untuk berfikir. pada ana, bukan salah dia tetapi kealpaan kita sendiri yang ingin cepat kaya tanpa usaha.tetapi kalau ana yang kena rm50 000, ana parangkan kepala dia tu...

NASSURY IBRAHIM berkata...

inalilaaa...