Tarikh : 25 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 1. 00 tengah hari
Tempat : Dewan Seminar, IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
1. UCAPAN ALU-ALUAN
1.1. Puan Narita, Ketua Jabatan Pengajjian Melayu, IPG Kampus Kota Bharu
1.2. Encik Mohd Jusuh Majid, Wakil Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka
2. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
- Encik Salleh Rahamad- UM (Rindu Berbisik dari perspektif Cultures Studies)
- Encik S.M Zakir- PENA (Di Bawah Unggun Api A. Rahman C.M karya dari sisi pasca Kolonial)
- Encik Nassury Ibrahim- IPG KB (Citra Manusia dalam Kumpulan Sajak Umpama Mutiara)
3. SESI SOAL JAWAB
3.1. Soalan 1: Abdul Hadi Yusof dari Persatuan Penulis Kelantan
Mengapa sebelum karya diterbit atau tersiar, pihak tertentu atau pihak pengkritik tidak mengadakan suatu ruang untuk para penulis mendengar pandangan daripada para pengkritik?
Jawapan oleh Encik Mohammad Salleh bin Rahamad-UM
Andai diadakan sesi bedah karya, penulis memilih untuk tidak hadir. Mereka juga kurang mengambil berat terhadap pandangan pihak kedua. Lagipun, penilaian sebelum manuskrip telah dijalankan oleh pihak penerbit terlebih dahulu untuk ditapis. Dari satu sudut, penilaian oleh pihak pengkritik tidak semestinya benar, sama ada dari segi sudut atau teori yang diutarakan oleh pengkritik. Jika mahu pengkritik menilai terlebih dahulu mutu karya penulis, mungkin pihak penulis perlu mengeluarkan sedikit wang khas untuk royalti para penilai. Anggaplah kritikan pengkritik sebagai salah satu anti-thesis
3.2. Soalan 2: En. Ishak bin Ibrahim- JabatanPengajian Melayu, IPG KB
Dalam pembentangan Encik S.M Zakir, ada menyebut tentang masyarakat majmuk paksaan. Adakah ada terdapat dalam novel atau cerpen bagi ungkapan masyarakat majmuk paksaan tersebut atau ungkapan itu hanya sekadar idea daripada pengarang sendiri?
Jawapan oleh Encik S.M Zakir
Hal ini berkait rapat dengan apa yang disebut oleh Edward Said dan Anialomba sendiri dalam karyanya mereka. Masyarakat hari ini dibawa atau berasal daripada kehendak penjajah bukan kehendak masyarakat asal peribumi sendiri, iaitu Melayu. Pihak penjajah memberi ruang untuk imigran masuk ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu hanya untuk kepentingan politik dan ekonomi mereka semata-mata. Pada zaman itu, penjajah Barat menjadi tuan. Masyarakat peribumi menerima keadaan ini secara terpaksa dan secara tidak langsung wujudlah masyarakat yang tidak stabil dari segi nilai dan budaya. Hal ini disebabkan masyrakat pendatang merupakan bentuk ‘keterpaksaan’ kepada peribumi. Masyarakat Melayu pada masa itu tidak punya apa-apa kekuatan. Namun, setelah Inggeris berundur, masyarakat yang tinggal di Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kaum dan akhirnya diterima secara terpaksa. Hal ini turut berkait dengan soft recism dan dasar pecah perintah.
3.3. Pandangan 3: Encik Abdullah –Jabatan Pengajian Melayu, IPG KB
Sejarah ada menyebut pemerintahan dalam kalangan orang perempuan tidak wujud, tidak seperti yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah. Hal ini merupakan satu pembohongan dalam karya sastera agung Melayu dari pandangan suatu sudut pengkaji sejarah. Namun, apa, bagaimana, siapa yang memerintah tidak dinyatakan? Mereka yang punya pangkat boleh mendapat sesuatu yang mereka ingini atau sesuatu dalam situasi tertentu.
Siapa pemerintah bergantung pada kuasa yang ada padanya.
Di mana memerintah bermula dari rumah, kuasa di rumah hingga kesuatu lingkungan lebih besar.
Tidakkah kita sedar sebenarnya Hikayat Hang Tuah boleh ditafsir melalui sudut lain? Kemungkinan apa yang hendak ditafsirkan melalui Hikayat Hang Tuah itu adalah berkenaan sejarah pemerintahan Melayu dahulu telah wujud, apa yang masyarakat hari ini katakan sebagai Queen Control. Hal ini berbahaya jika wujud dalam suasana pemerintahan secara tidak formal. Hal ini juga berkait rapat dengan sejarah Melayu sebenar yang ada mengatakan pada akhir zaman pemerintahan, isteri-isteri raja lebih berkuasa. Hal ini turut boleh dibandingkan dengan pemerintahan masa kini. “Pembohongan melahirkan hakikat”. Situasi Queen Control ini boleh dianalogikan seperti sebuah penjara dalam sebuah menara yang punya cermin di sekelilingnya. Hal ini membolehkan para pengawal mengawal situasi dengan mudah. Jelas, kemungkinan wujud Queen Control pada zaman pemerintahan dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan