Akhbar maya, Malaysiakini, hari ini, melaporkan (a) Kontrak Apco bernilai RM 77 juta setahun, (b) Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta, (c) MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan, dan ....
Berita itu tidak ada apa-apa, cuma aku rasa sedikit terkilan. Isu (a) , duit disalurkan ke kementerian dipotong-potong sehingga aku terpaksa berkorban. Pergi menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, guna duit sendiri tanpa klaim, sebab kasihan kepada kerajaan yang 'kekurangan' duit. Rupa-rupanya duit masuk poket Apco.
Sering juga terdengar laporan berita di TV dan akhbar, kerajaan memberi bantuan dan suntikan terhadap projek swasta terbengkalai - demi rakyat teraniaya. Bagus, tapi ahhh ... aku teringat simpulan bahasa: Bagai menyusu kera di hutan anak di rumah mati kelaparan.
Isu (b) tanah YBK, mana satu betul - lapar tanah atau lapar duit? Tipu janji atau tipu duit? Ke mana pergi RM100 juta? Hajiiiiii nonnnnn ... seleweng juga ke?
Isu (c) PRK Hulu Selangor. Eikkkkk ... kata bersatu. Bergaduh juga. Walkie talkie: sssssssssss CALON BEBAS. CALON BEBAS. SILA MASUK! ssssssssss ....
3 ulasan:
Cerita (d) pula, inilah demokrasi umno; duit dan harta rakyat didahulukan.
heheheheheh
Itulah haruan makan anak
ada satu pantun dihikayatkan...
berlabuh kapal di kuala kedah,
sarat berisi kain sejadah;
umno dulu haramlah sudah,
umno kini haram jadah..
Catat Ulasan