Dua tiga hari lepas, ada orang bertanya: Mana seronok tinggal di Kelantan dengan Pinang dan Kuala Lumpur. Aku jawab, pengalaman tinggal di Pinang lebih seronok. Pernah aku nyatakan dalam blog ini, bahawa aku tidak seronok tinggal di Kelantan.
Rupa-rupanya rasa tidak seronok itu adalah petanda bahawa aku menghadapi pelbagai dilema. Harga tanah dan rumah di Kelantan semakin meningkat dan 'gila-gila.' Jenayah di Kelantan tidak kurang hebatnya. Para pemimpin dan rakyat hidup dalam dualisme. Dan, apa yang paling tidak seronok dan cuba aku hindarkan pun sudah tiba.
Aku dan isteri dipanggil oleh seseorang agar datang bertemunya pada 29 Mac 2010. Orang itu agak susah hendak memberitahu sesuatu. Beberapa kali dia tarik nafas dan mulut seperti berkata sesuatu. Barangkali dia mencari nafas lega dan kata-kata terbaik.
Saat menerima berita tentangnya, aku tidak terkejut atau marah. Demikian juga isteri. Dia pun tidak terkejut dan marah. Katanya, masa menangis sudah lama berlalu. Aku sendiri telah berkali-kali berusaha menghindarkannya. Ternyata, aku gagal menjadi orang dan membentuk orang yang baik.
Setelah mendapat sedikit gambaran, aku pun terus berlalu pergi menyelia praktikum. Tinggal isteri menguruskannya, agar berita itu tidak memburukkan mana-mana pihak.
Setelah mendapat sedikit gambaran, aku pun terus berlalu pergi menyelia praktikum. Tinggal isteri menguruskannya, agar berita itu tidak memburukkan mana-mana pihak.
Keesokannya, 30 Mac 2010, pukul 11. 00 pagi -- 12.00 tengah hari, aku bersemuka dengan 'musuh.' Mereka menerima berita itu seadanya dan bersedia pula bekerjasama menyelesaikannya. Petangya, aku ke rumah Abang Man, bapak saudara, minta bantuannya menyelesaikan masalah kami. Malamnya, kami ke rumah keluarga 'musuh.' Ternyata kami dan masalah kami diterima dengan baik.
Mujurlah ada Abang Man. Dialah paling banyak berusaha menyelesaikannya, daripada kami sendiri. Dialah yang mengatur segala-galanya, agar pelan penyelesaian masalah itu berjalan lancar. Aku rasa lega walaupun ada sedikit kegusaran.
Isteri menelefon saudara-maranya, memberitahu masalah kami. Mereka beri sokongan, walaupun terkejut. Emak saudara dari Kuala Lumpur pun bakal turun. Aku tidak beritahu kepada sesiapa dalam keluarga aku. Aku tidak tahu, bagaimanakah cara terbaik memberitahu mereka.
Isteri menelefon saudara-maranya, memberitahu masalah kami. Mereka beri sokongan, walaupun terkejut. Emak saudara dari Kuala Lumpur pun bakal turun. Aku tidak beritahu kepada sesiapa dalam keluarga aku. Aku tidak tahu, bagaimanakah cara terbaik memberitahu mereka.
Aku tidak pasti, apakah masalah ini kemuncak ketidakseronokan aku tinggal di Kelantan. Yang pasti, malam ini aku akan mendirikan sebuah masjid tanpa tiang.
5 ulasan:
salam cikgu,
Saya cuba memahami apa yang cikgu cuba
sampaikan, dengan andaian tertentu.
Hmm, apa makna ya - mendirikan sebuah
masjid tanpa tiang
Moga Allah menolongmu, moga-moga
berlapang dada menghadapi apa
yang ada
Susah nak cakap. Catatan ini sebagai dokumen sejarah keluarga. Tak cakap pun susah juga. Tapi saya rasa sangat bahagua, terlepas 1 tanggungjawab.
salam saudaraku NASSURY,
Ada masalah besar ke? Semoga Allah mudahkan segala urusan tuan.
salam cikgu,
Saya faham. Dengan menulis sebenarnya
seolahnya, kita telah dapat meluahkan
masalah kita, meski tidak diberitahu
sebab benarnya.
Moga-moga Allah melapangkan hati dan
urusan cikgu
Dan kepada-Nyalah tempat kita
memohon dan mengadu
Terima kasih atas entri anda berdua. Saya baru balik dari Tasik Kenyir, urusan kerja
Catat Ulasan