Selasa, 30 Mac 2010

Pengajian Gender

Saya bersetuju dengan cadangan Dr. Muhammad Khir Toyo dalam blognya agar nama Pendidikan Seks ditukar kepada Pengajian Gender. Hal ini sepatutnya telah lama disedari oleh Kementerian Pelajaran sendiri, agar sesuai dengan adab dan budaya orang Melayu. 

Pertukaran nama itu perlu juga dikembangkan kandungannya kerana Pengajian Gender bukan sahaja berkenaan perihal seks, malahan kesihatan, penampilan, sikap, pemikiran, keselamatan dan sebagainya. Belajar mengenal alat kelamin dan aktiviti kekelaminannya merupakan sebahagian daripada Pengajian Gender / atau Pendidikan Seks itu sendiri.

Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau yang mengatakan, "Melihat gejala sosial hari ini termasuk seks di luar perkahwinan, seks bebas, peningkatan pembawa HIV dan penghidap AIDS, seks bawah umur dan jenayah seksual seperti rogol, cabul dan liwat menunjukkan ada kepentingan dan keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah." 

Masalah di atas perlu diatasi dengan tindakan lain, bukannya memperkenalkan pendidikan seks atau Pengajian Gender. Kita perlu mengengkang masalah di atas dengan tindakan lain, tindakan yang lebih memuliakan agama, adat dan budaya bangsa. Jangan jauhi generasi daripada susila bangsa.  Adat dan budaya orang putih tidak menghalang mereka bercium di khalayak ramai, namun perbuatan itu bukan amalan adat budaya kita. Jangan biarkan generasi kita tidak berasa malu bercium di khalayak ramai. Inilah bibit-bibit awal timbulnya masalah di atas. 

Demikian juga, cadangan membina bank bayi terbuang juga tidak relevan kerana boleh menggalakkan lagi aktiviti laknat itu. Walau bagaimanapun, pusat pemulihan perlu ada.

Timbulnya masalah di atas adalah berpunca beberapa sebab. Antaranya, minda dan kelakuan politikus. Ahli politikus sekarang banyak menjahanamkan generasi, agama, bangsa dan negara. Politikus sekarang lebih banyak hipokrit, penting diri, suka buat fitnah, menindas, dan sebagainya. 

3 ulasan:

benuasuluk berkata...

3 baris perenggan terakhir sdr. tu adalah benar, tersangat benar, tidak ada yang tidak benar melainkan semuanya benar-benar belaka.

abuyon berkata...

salam cikgu,

Yup, saya setuju [3 baris perenggan terakhir] hatta yang memakai
kopiah sekalipun

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tuan Benuasuluk dan Abuyon,

Apakah salah kalau saya mengatakan, Dewan Parlimen sekarang bukan tempat membincangkan masalah rakyat, meningkatkan kehidupan rakyat, memajukan negara, sebaliknya Dewan Parlimen sekarang menjadi tempat mencaci lawan, membalas dendam, mengemukakan politik peribadi, ketidakpuasan diri dan sebagainya yang hampas belaka?