Dia ahli korporat berjaya. Belajar pun tinggi sampai luar negara dan pemilik Ph.D. Dari segi kepandaian dan bijak tidak boleh ditakwil-takwil. Dia pernah jadi orang besar dalam syarikat swasta.
Dia juga berkecimpung dalam politik. Pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Dia pernah bertanding sebagai AP Bachok tahun 2008. Malangnya, dia tidak menang. Menurut cerita kedai kopi, kekalahannya bukan kerana ahli Pas / PKR. Kekalahannya kerana dia 'dikencing' oleh juak-juaknya sendiri.
Sayang! Orang (kumpulan penyokong) berbaik dengan dia bukan kerana mahu melantiknya sebagai pemimpin, tetapi kerana mahu 'mencuri' wang yang dia ada. Malang, dia berbaik dengan orang tidak baik.
Dia diwarwarkan bakal jadi MB Kelantan oleh rakan yang tidak diterima jadi MB.
Pada aku, memang dia ada ketokohan jadi pemimpin. Dan, pada aku, rakyat menolaknya disebabkan beberapa hal. Pertama, dia menjadi calon Umno, sedangkan imej Umno sangat buruk di Kelantan. Kalau dia jadi calon Pas atau PKR, kemungkinan besar dia boleh menang. Kedua, dia berbaik dengan Anuar Musa, sedangkan kawannya itu dianggap 'menderhakai' Sultan Kelantan. Kawannya itu pernah menolak Tuanku Ismail Petra sebagai As-Sultan Kelantan dengan cara menabalkan orang lain bagi menggantikan As-Sultan Kelantan. Rakyat Kelantan sangat memandang tinggi pada sultan mereka. Menghina sultan bererti menghina rakyat.
Ketiga, namanya AWANG ADEK. Bagi orang Kelantan, 'awang' ialah bahasa panggilan pada budak-budak yang masih hingusan. Panggilan itu juga pada budak-budak tidak dikenali. Yang pentingnya, Awang ialah bahasa panggilan yang merujuk pada budak.
Demikian juga ADEK. Yang dimaksudkan Adik dalam persepsi masyarakat Kelantan ialah kanak-kanak, atau orang paling bongsu dalam keluarga. Imej adik juga dianggap belum matang. Bukankah gabungan imej Awang dan Adek (adik) menunjukkan imej berganda budak-budak. Orang yang belum matang dan tidak matang lagi. Mana boleh orang yang belum matang hendak dilantik sebagai pemimpin kepada orang-orang yang telah matang? Kecuali, dia berbaik-baik dan selalu belanja minum orang kampung.
Itulah, pada saya, antara sebab masyarakat Bachok menolak Awang Adek dalam PRU-12. Masyarakat Bachok terdiri daripada keluarga nelayan dan petani. Dan, sepanjangjadi Timbalan Menteri Kewangan, tidak nampak perubahan berlaku di Bachok, kecuali tapak UMK yang sangat lembab pembangunannya.
Kini, ada satu faktor lagi yang akan menyebabkan rakyat Kelantan menolak Awang Adek, kalau dia masih bertanding dalam PRU-13. Faktor itu ialah tindakannya menolak pembayaran Wang Royalti Minyak. Dia hanya bersetuju menerima wang ehsan saja, sedangkan wang ehsan lebih kecil nilainya daripada Wang Royalti Minyak. Ertinya, dia bersetuju agar jangan beri banyak wang kepada rakyat Kelantan! Aneh, sedangkan dia mahu jadi AP Kelantan.
Menurut Husam Musa, Kerajaan Persekutuan telah lama memunggah minyak Kelantan, tetapi tidak tahu dibawa ikut mana. Khabarnya, telaga minyak yang paling dekat ialah dengan pantai Bachok. Sehingga kini tidak ada satu pangkalan pun tempat mendarat minyak di Bachok. Ertinya, rezeki dari minyak berhampiran pantai Bachok tidak dapat dinikmati oleh orang-orang Bachok sendiri. Oh, alangkah malangnya orang Bachok!
Wang ehsan disalurkan melalui JPP, dan khabarnya, pembelanjaan wang itu tidak diaudit. Di Terengganu, sebahagian wang ehsan diberikan secara tunai kepada mereka yang layak menerimanya sahaja (orang miskin terpilih). Mungkinkah di Kelantan pun demikian juga?
Wang Royalti Minyak pula disalurkan melalui Kerajaan Kelantan dan bakal digunakan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan Kelantan. Wang ini akan diaudit.
Wang Royalti Minyak pula disalurkan melalui Kerajaan Kelantan dan bakal digunakan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan Kelantan. Wang ini akan diaudit.
Apapun, terpulang kepada Datuk Dr. Awang Adek untuk menerima atau menolak pandangan ini. Ini hanya pandangan saja. Yang elok boleh diterima, yang tidak elok ditolakkan saja.
Yang penting, Datuk mesti ingat: Kawan tidak semestinya sahabat, lawan tidak semestinya musuh. Kawan sejati ialah diri sendiri. Saya sangat suka kalau Datuk Dr Awang membaca entri ini dan beri komen.
4 ulasan:
Tuan Nassury,
Ada ramai kenalan anak Kelantan di KL dan JB gelak ketawa besar pabila diwara-warakan bahawa Awang Adek ini bakal jadi MB Kelantan ketika kempen PRU ke-12 2008 yang lalu. Maka, sungguh benarlah kebenarannya gelak ketawa besar itu selepas 8 Mac 2008...
Menurut ceritera yang dibualkan, antara sebab kekalahan Awang Adek ialah kerana diwarwarkan bakal jadi MB, sedang yang berhak lantik MB ialah As-Sultan. Barangkali, Kalau Awang Adek menang, maka masalah sama di Terengganu dan Perlis turut berlaku di Kelantan.
ayat demo yg paling menekan hati ialah "dia orang baik yang berkawan dengan orang yang tidak baik."
bila lama2 kawan dgn org yg tidak baik, dia pun jadi tidak baik.
Ibarat kata, masuk kandang kambing mengembek; masuk kandang kerbau menguek. Macam orang lompat partai
Catat Ulasan