Entri ini untuk calon penulis yang berhajat mengirim karya ke mana-mana media massa. Ada dua perkara, iaitu karya (difokuskan sajak), dan surat lampiran.
(a) Menaip sajak
Beberapa panduan wajar diikuti ketika menaip karya, iaitu
- Guna kertas A4 warna putih;
- Taip sebelah muka sahaja, guna komputer atau mesin taip;
- Tulis tajuk sajak dan bold;
- Langkau sebaris antara tajuk dengan rangkap, rangkap dengan rangkap, dan rangkap dengan nama penulis;
- Langkau 1.5 antara baris dengan baris seterusnya;
- Manuskrip hendaklah bersih dan guna huruf senang dibaca;
- Saiz huruf 12;
- Jangan tulis apa-apa keterangan, kononnya memberitahu maksud sajak;
- Karya bebas daripada ciplak, plagiat dan kepunyaan orang lain;
- Jangan hantar karya sama ke dua / lebih penerbitan.
(b) Surat Iringan
Bagi menaip surat iringan, beberapa kriteria berikut boleh diikuti.
Bagi menaip surat iringan, beberapa kriteria berikut boleh diikuti.
- Taip surat secara kemas dan ringkas;
- Jangan menceritakan isi sajak dalam surat;
- Jangan lupa tandatangan surat;
- Tulis nama lengkap, KP, telefon, emel;
- Boleh tulis biodata ringkas anda. Kalau tiada pun tiada masalah.
3 ulasan:
salam cikgu,
Saya baru membaca posting ini selepas Wah 3x. Sangat membantu, kerana saya belum pernah menghantar karya ke mana-mana penerbitan sebelum ini. Terima kasih yang amat. Moga Allah memberkati cikgu.
Memang entri itu untuk Abuyon, dan seangkatan
salam cikgu
saya memang meminati puisi2 cikgu sejak lama dulu. baru sekarang bertemu maya. entri ini sangat banyak membantu saya cuba menghantar karya, atas tunjuk ajar cikgu. terimakasih sekalung budi.
salam puisi.
Catat Ulasan