Keratan akhbar di atas diambil dari Utusan Malaysia, 24 Mac 2010. Tajuk penuhnya, "6,000 Kakitangan Awam Buat Kerja Pentadbiran Polis." Mereka dari pelbagai kementerian. Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata hanya pegawai polis berpangkat Deputi Supritenden (DSP) ke atas sahaja akan melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan. Semua pegawai lain turun ke padang, bergerak dan menyelinap dalam masyarakat.
Baru-baru ini, mereka diumumkan menerima penyelarasan gaji (bukan naik gaji) yang sangat luar biasa. Hari ini diumumkan pula bahawa sebahagian tugas mereka diserahkan kepada 6,000 kakitangan awam. Berdasarkan maklumat di atas, serahan itu bukan bermakna PDRM kekurangan anggota, tetapi anggota bawahan tidak dibenarkan menjalankan tugas pentadbiran.
Maklumat ini menarik difikirkan. Pertama, apakah polis mahu 'merayau' sahaja; kedua, apakah anggota polis hanya mahu gaji, tetapi tidak mahu bebanan kerja?' dan ketiga, mungkin polis tidak cekap menguruskan hal-hal pentadbiran.

Kebetulan, saya bertemu dengan seorang anggota polis di gerai makan. Saya bertanya laporan akhbar yang menggambarkan seolah-olah anggota polis mahu duit tetapi tidak mahu kerja. Dia memberitahu bahawa langkah itu (menyerahkan urusan pentadbiran kepada bukan polis) akan dapat menyelamatkan banyak duit kerajaan. Hal ini kerana banyak 'penipuan' berlaku dalam pengurusan harta polis (kerajaan). Katanya, sebagaimana harta yang hilang di bawah jagaan tentera, demikian juga harta kerajaan boleh hilang / terseleweng di bawah jagaan anggota. Demi menyelamat dan menjimat dana kerajaan, maka wajar urusan pentadbiran di Balai Polis diuruskan oleh kakitangan awam.
Jawapan itu menepati telahan nombor tiga di atas. Ertinya, harta di bawah jagaan polis sekalipun tidak semestinya selamat.
Adalah diakui bahawa orang (termasuk bayi), haiwan, tumbuhan, tanah, pasir, dan segala warga Malaysia tidak selamat. Rakyatnya dikelilingi para penjenayah, sama ada penjenayah transit, penjenayah tempatan mahupun penjenayah dari negara jiran. Penjenayah itu bukan sahaja berstatus pengganggur, malahan meliputi anak, ibu, bapa, guru, polis, tentera, pengarah, eksekutif, penguam, doktor, hakim, kadi, ustaz, ahli politik, menteri dan kerabat diraja. Paling tinggi kejahatan dibimbing, dimodel, dibenar oleh ahli politikus.
Akhbar melaporkan terdapat beratus ribu 'penjenayah / penjahat' tanpa izin bergerak bebas dalam masyarakat. Anehnya, bagaimana mereka boleh masuk dan bergerak bebas dalam masyarakat, hingga menakutkan penduduk jati? Mereka juga sering melakukan jenayah, dan bergerak bebas.

Kita rasa bosan membaca laporan akhbar tentang isu-isu politik dan tindakan pantas polis terhadap isu politik, namun sangat lembab mengesan penjenayah sebenar dalam masyarakat, atau menyiasat mereka yang tidak bersalah.
Dalam masyarakat Melayu terdapat peribahasa yang berbunyi, "Bagai melepaskan anjing tersempit." Dikatakan bahawa seseorang yang melepaskan anjing tersempit akan digigit oleh anjing berkenaan. Hal ini kerana anjing itu tidak mendapat orang yang bertanggungjawab menyebabkan dirinya tersempit. Sebagai jalan pintas, barangkali, dan untuk melepaskan kemarahan dan kesakitannya, anjing itu akan menggigit orang yang berada di tempat dirinya tersempit. Barangkali anjing itu bersangkaan, orang itulah yang bertanggungjawab kerana dia berada di tempat perangkap yang menyebabkan dirinya tersempit. Anjing itu cuba menyelesaikan isu (kejadian tersempit dirinya) terhadap sesiapa sahaja, termasuk terhadap orang yang menolongnya dan orang yang tidak bersalah. Apakah gelaran penjahat jenis ini?
Kita percaya, peribahasa di atas tiada kaitan dengan polis, dan begitulah harapan kita: Tinggi gaji tinggilah akal, tinggi minda dan moralnya.
1 ulasan:
salam cikgu,
Sama tak kalau peribahasa ini, lembu punya susu sapi dapat nama.
Saya hormat orang kita dulu-dulu. Sangat gebius, mencipta peribahasa, perumpamaan dan bidalan untuk menggambarkan sesuatu isu dan peristiwa.
Ada lagikah orang kita begitu, sekarang?
Catat Ulasan