Jumaat, 1 Januari 2010

Pesan Tahun Baru

Beberapa catatan spontan

1. Kepada Cikgu
Jangan marah kalau pelajar ponteng
yang berharap ayah dan ibunya saja
di parlimen YB pun ponteng  
sedang yang berharap seluruh rakyat
di bawah kempennya.

2. Kenaikan Harga Rokok
Bukan kerana merokok itu membahaya
tetapi kerana wang yang menguntungkan.

3. Hadiah Pelajar Cemerlang
Masa aku di sekolah dahulu
pelajar cemerlang diberikan hadiah
wang dari kelab guru atau PIBG
sekarang pun sama juga
cuma wangnya dari pelajar lemah.

4. Barah
Kalau pemerintah menerima rasuah
itu tandanya sebenar barah
bangsa dan negara bakal gemulah.

5. Politik
Hilang jawatan lebih menderita
daripada kehilangan maruah.

3 ulasan:

abuyon berkata...

salam pak,

Jangan marah pelajar ponteng
sebab ponteng YB lagi parah
sebab sudah jadi barah

Rokok, naik tinggi manapun
tetap jadi sebab tetap ada
yang membeli tak kira yang
pakai atau tak pakai
songkok, juga yang
rukuk-rukuk

Politik, jawatan adalah maruah,
hilang jawatan, hilanglah
maruah

Ada maruah ke?

NASSURY IBRAHIM berkata...

OK Beres. Menurut isteri saya tadi, harga roti gardenia naik 30 sen.

abuyon berkata...

salam pak,

Saya baru perasan kedaibukumaya tu,
rasa memang nak beli la 1 2