Sekarang musim isu nama Allah. Rupanya nama Allah juga boleh jadi kontroversi. Hairan. Mengapa, ya?
Soalnya, mengapakah ia boleh jadi isu? Tahniahlah kepada Umno / BN kerana berjuang isu itu. Pas bagaimana? Keadilan bagaimana? Ibrahim Ali bagaimana? Mufti bagaimana? Diam saja.
Telah beribu tahun Islam bertapak di Malaysia, lebih awal dari Kristian, tiba-tiba jadi isu pulak. Macam rumah, setelah dibina dengan kukuh, tiba-tiba bocor pulak. Maknanya, alat binaan rumah itu ada masalah. Macam bangunan di Terengganu, walaupun baharu siap, bangunan itu tiba-tiba runtuh. Mengapa? Tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Semasa tinggal di Kampung Pasir Lama, Jalan Kelang Lama dulu, atap rumah saya tercabut kerana dipukul ribut. Anehnya, bangunan di Terengganu runtuh bukan kerana dipukul ribut. Apakah sebabnya, entah. Tapi, bak kata pepatah (baru cipta), 'terbakar kampung nampak asap, runtuh bangunan nampak berselerak, runtuh kepercayaan siapalah tahu.'
Berbalik kontroversi nama Allah itu, tentu ada sebabnya. Sebab injin jet hilang kerana tentera curi - harapkan tentera, tentera makan besi.'
Kalau sebelum ini orang curi tanah rezab Melayu, orang curi keistimewaan pelajaran Melayu, cabul kedaulatan bahasa orang Melayu, cabul jati diri Melayu, curi agama anak-anak orang Melayu, hari ini curi tuhan Melayu.
Semasa rumah saya kecurian, apabila membuat laporan kepada polis, si polis bertanya: rumah ada pagar? semua pintu rumah ada kunci? ada pelihara anjing? ada pelihara angsa? Kalau salah satu daripada pertanyaan itu berjawapan "tidak," maka tuan rumah itu boleh didakwa kerana cuai menjaga harta dan penyebab berlaku masalah sosial (kecurian).
Maka, siapakah penjaga agama Islam? Tentunya orang Islam. Dan, lagi? Penjaga rumah tangga ialah suami, penjaga syarikat ialah taukenya. Penjaga kereta ialah pemiliknya? Kalau kita memberi pinjam sesuatu barangan, maka si peminjam itu bertanggungjawab menjaga keselamatan barangan tersebut. Jika barangan itu hilang di tangan peminjam, bererti peminjam itu yang cuai, yang bertanggungjawab. Mahukah kita memberi pinjaman kepada si peminjam yang tidak bertanggungjawab itu. Sangat 'bangan' anda kalau berkata "ya."
Saya teringat kisah seorang penagih dadah yang pernah saya baca di akhbar. Kerjanya meminjam barangan penduduk kampung. Kalau tidak diberikan, barangan itu akan dicuri. Kalau diberikan, barangan itu tidak dipulangkan. Kalau dipulangkan, barangan itu sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Apabila diberitahu kepada ahli keluarga penagih itu, si pemberitahu itu pula disalahkan. Ada kalanya diugut dan dibelasah oleh penagih atau orang suruhannya. Beritahu salah tidak beritahu pun salah.
Oleh sebab kerap sangat 'dipinjam milik' dan hilang oleh angkara penagih dadah itu, dan tidak sabar lagi dengan sikap penagih dan keluarganya, maka orang kampung memulau penagih dan seluruh keluarganya. Maka jadilah keluarga itu seperti kera duku, pemalas usaha, tidak bertanggungjawab, dan membahaya.
Seorang kawan memberitahu pengalamannya menaikkan harga barang. Caranya dengan mencipta isu. Misalnya, harga ayam. caranya dengan mengurangkan bekalan ayam di pasaran. Cerpen saya berjudul 'Misteri Gula' adalah membongkar taktik menaikkan harga barang. Apabila ayam tidak ada di pasaran, sedang permintaannya tinggi, maka dapatlah harga ayam itu dinaikkan.
Dalam filem / drama, ada cerita seseorang berkeinginan (berahi) kepada seseorang gadis, sedangkan gadis itu tidak suka kepadanya. Maka si lelaki hidung tidak mancung itu akan mengupah seseorang mengganggu gadis berkenaan dan si lelaki itu akan cuba menyelamatkan gadis itu daripada penjahat upahan. Akhirnya, gadis itu berasa bahawa dia terhutang budi dengan si lelaki berkenaan. Sebagai membalas budi lelaki itu, si gadis berkenaan membalas cintanya atau budinya. Ini satu teori cara memikat. Cipta satu isu, dan berpura-pura menyelesai isu itu, maka jadi herolah kita.
Inilah yang dipraktiskan oleh politikus di negara kita. Cara mencari menambah pengaruh. Apakah, isu-isu dalam masyarakat kita sekarang sengaja dicipta untuk agenda tersembunyi? Mungkin juga ya, mungkin juga tidak.
Harap-harap isu nama Allah ini tidak dicipta untuk menjadi hero. Dan, perbaikilah kerosakan. Kalau bocor, tampal. Kalau carik, jahit. Kalau berlubang, timbus. Anjur demonstrasi tidak selesai masalah, seperti kata Mahathir, Hishamuddin atau Nazri- itu kerja penderhaka, kerja bodoh, menyusahkan para perniaga dan orang ramai.
Tetapi, mengapakah hanya Umno / BN yang berdemontrasi?
Tetapi, mengapakah hanya Umno / BN yang berdemontrasi?
2 ulasan:
salam cikgu,
Nampaknya ramai orang cuba
jadi jogho padahal
dalam kehidupan seharian
tak pernah ingat Allah
pun
Ya. Misalnya, ramai orang mahu naik haji. Org Layu ambil haji di wakaf, org Islam ambil haji di Mekah.
Catat Ulasan