Isnin, 4 Januari 2010

Satu Peristiwa Dua Berita

Lain benar berita TV3 dalam Buletin Utama semalam, tentang isu keputusan mahkamah membenarkan penganut Kristian memakai nama Allah dalam buletin mereka. Dilaporkan bahawa semua pemimpin UMNO dan masyarakat tidak setuju dan terkejut dengan keputusan itu. Mereka mahu buat rayuan kepada raja.

Berita seterusnya melaporkan bahawa TG Dato; Nik Abdul Aziz bersetuju dengan keputusan mahkamah itu. Katanya, agama kristian boleh guna nama Allah. Aku hairan dengan pendapat TG itu. Dalam hati berkata, kenapa TG bersetuju? Betulkah TG ni?

Petang tadi aku membaca akhbar Sinar Harian (Edisi Kelantan). Pada muka depan terpapar berita 'Bukan Islam Tidak Boleh Guna Khalimah Allah: Nik Aziz.' Sekali lagi aku terkejut. Dalam Buletin Utama TV3 dilaporkan Nik Aziz bersetuju. Dalam akhbar dilaporkan Nik Aziz tidak bersetuju.

Berita mana satu yang betul? Bersetuju atau tidak bersetuju? Mengapakah berita TV3 kata TG bersetuju, berita akhbar mengatakan TG tidak bersetuju?

Aku teringat beberapa bulan lepas, apabila TV3 melaporkan bahawa TG anggap perjuangan UMNO tidak betul, sia-sia, seperti perjuangan orang Palestin. Perbandingan itu dinafikan oleh TG. Beliau kata 'pelastik' bukan Palestin. Orang Kelantan panggil supik dan supik geleyar.

Apakah berita kali ini juga tersalah dengar oleh wartawan TV3, dan akan berlaku penafian sekali lagi. Kalau tersalah dengar, saya harap TV3 hantar wartawan yang tidak pekak.

Apapun, kita lihat nanti, berita manakah yang betul.

3 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Nassury,
1. Berita TV3 pada 3 Januari 2010 menyatakan TGNA setuju tetapi berita TV3 semalam pada 4 Januari 2010 menyatakan TGNA tidak setuju. Banyak akhbar dan web berita melaporkan TGNA tidak setuju sejak hari Isnin dan Selasa lalu, makanya jelas TV3 salah kutip kenyataan TGNA.
2. Secara mudahnya, inilah akibat terlalu ghairah yang amat tinggi tahapnya untuk 'menghentam' TGNA tanpa periksa dan faham benar-benar maksud yang disampaikan oleh seseorang pemimpin.
3. Apa-apapun, 'plsatik geleyar' selayaknya untuk laporan ghairah sebegini.
Terima kasih.

b.tan berkata...

salam. biasalah tu, tivi tiga suku lah kata kan.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Kalau amalan sebegini berterusan, parah kita, Berita tak betul, maknanya fitnah. is, is, is ...