Pada 18 Januari 2010, saya bersama Abdul Hadi Yusof dan Aziz Mohd Noor berangkat ke Kuala Lumpur. Tujuan saya ialah untuk menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18, manakala Abdul Hadi dan Aziz hadir sebagai tetamu atas undangan DBP bagi menambah seri majlis.
Abdul Hadi ambil peluang keemasan, mengajak Kami melencong ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Padang Merbuk. Beliau ingin bertemu dengan anaknya.
Kali terakhir aku ke Padang Merbuk (ke ASK) kerana menemuramah Samoza untuk mendapatkan pandangannya apabila siaran Teater Novel hendak dihentikan. Selebihnya, aku ke ASK menyaksi persembahan pelajar semasa ASK beroperasi di Matic. Masa itu, program tertinggi ialah diploma. Kini, ASWARA menawarkan kursus hingga program ijazah. Ini satu perubahan dan perkembangan yang positif. Tambahan pula, kini ASWARA mempunyai bangunan sendiri. namanya juga berubah, dari akademi Seni Kebangsaan (ASK) ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Institusi ini jadi tempat asuhan dan pengembangan budaya yang menjadi warisan negara.
Sementara menunggu Hadi bertemu dengan anaknya, aku ke gerai yang terletak di depan jalan masuk ke ASWARA. Ramai pelajarnya sedang minum-makan di situ. Aku duduk di meja tepi, bucu persimpangan antara jalan keluar dari ASWARA dengan jalan masuk ke petempatan awam.
Di sebelah kiri meja aku terdapat satu meja diduduki seorang lelaki dan seorang wanita. Melihat pada raut wajah, saya percaya kedua-duanya pelajar ASWARA. Manakala di sebelah kanan pula diduduki oleh lima orang lelaki. Mereka juga pelajar ASWARA.
Aku tertarik dengan kedua-dua kumpulan pelajar ASWARA ini. Pertama, kerana mereka pelajar ASWARA. Kedua, kerana nama ASWARA itu sendiri. ASWARA dibina untuk mendaulat seni budaya dan seni budaya yang hendak didaulatkan itu menjadi warisan bangsa. Ertinya, ASWARA sedang menjana seni budaya sebagai warisan bangsa dan negara. Ketiga, ialah aksi, gaya, isme yang kelihatan pada dua kumpulan pelajar ini.
Waktu saya sampai, pelajar lelaki sedang asyik bermain daun terup, permainan 21. Semuanya Melayu. Saya memerhati, kot ada bahan pertaruhan, tetapi tiada. Dalam kepala saya terbina persepsi, inilah permainan masa lapang pelajar ASWARA - daun terup dan di tempat terbuka.
Manakala, pelajar di sebelah kiri sedang asyik berbual-bual dengan pasangannya sambil makan magie goreng. Yang menarik perhatian saya ialah pada pelajar perempuan. Wajahnya memang tidak cantik. Dia berpakaian seluar ketat tarian warna hitam, diikuti seluar dalam berwarna putih. Seluar dalam dipakai di luar seluar panjang ketat, persis pakaian superman.
Tidak pasti, apakah gaya mereka itu merupakan fesyen terkini, moden. liberal, free thinking dan di bawah sedar ASWARA. Yang pasti, aku tertanya-tanya sendirian, apakah wanita berpakaian seluar dalam di luar seluar panjang itu yang ditanam sebagai budaya di ASWARA, dan diwarisi?
Semasa di Matic dulu, aku pernah menonton persembahan tarian seorang pelajar ASK. Mulanya dia berpakaian lengkap. Pakaian itu ditanggalkan satu demi satu hingga yang tinggal hanya seluar dalam saja. Itu berlaku dalam dewan dan oleh pelajar lelaki. Hari 18 Januari 2010, pelajar wanita pakai seluar dalam di luar seluar panjang dan berada di tempat terbuka kerana mahu makan. Pada saya, ini kehebatan yang luar biasa.
Soalnya, mengapakah pelajar itu berpakaian demikian? Apakah itulah yang dikatakan seni budaya yang hendak diwarisi. Tentu ia bukan mencerminkan program, latihan, jurulatih dan Misi-visi ASWARA. Bukan hasrat Dr Rais Yatim mahupun pihak ASWARA. Namun, tindakan pelajar berpakaian begitu, tentu ia dianggap cerminan program, visi-misi ASWARA.
Hanya mereka dan ASWARA yang lebih mengetahui.
3 ulasan:
awat tak habaq nak singgah aswara, boleh ambik buku yang saya pesan tu. Yang abang haji tengok tu baru sikit. kalau masuk dalam macam-macam lagi yang abang haji boleh tengok. Percuma saja kalu nak tengok.
Salam,
Ni tak ada kaitan dengan ASWARA, cuma nak tanya, kenal tak Kamarudin Abdul Rahman (Sabrihadi, Pasir Mas)? Dia kawan lama yang ingin saya hubungi. TK.
1. Benuasuluk,
memang saya bawa buku tu, tapi ingat ke pi Lagend Hotel. Cari-cari jumpa Dahri zakaria saja.
2. Rozita
Tak jumpa. Saya pun tak berapa cam, dah lama sangat tak jumpa. Nanti kalau jumpa saya beritahu.
Catat Ulasan