Pada hari Sabtu, 27 Ogos 2011, pukul 7.13 pagi, saya mengeposkan satu entri dalam facebook. Entri tersebut berbunyi, "Mengapakah banyak tulisan guru bahasa (maksudnya Bahasa Melayu / Malaysia, yang salah bahasanya?" Entri ini adalah bertujuan bagi meninjau pendapat dari rakan-rakan facebook.
Sehingga 30 Ogos 2011, saya menerima sebanyak 11 pandangan, dan dua pandan balas saya. Pandangan tersebut ialah;
- Hajijas Jais: Maaf cakap, bukan semua guru bahasa itu menguasai bahasa Melayu. Jangankan tatabahasa, ejaan pun masih ada yang salah. Sepatutnya memanglah perkara seperti ini tidak berlaku. Itu belum lagi kes guru bahasa Inggeris. Habis, bahasa apa yang kita kuasai, Arab, Perancis, Jerman, atau bahasa Korea, Jepun?
- Hasbullah Mohamed Rahman: Guru bahasa pun haruuu.
- Ahmad Sarju: Tengok sahaja di halaman fb ini, mula-mula pening..sudah itu yang ditengok setiap hari..kita pun turut terkebil-kebil sahaja.
- Adnan Moksin: Saya ternampak, penulis yang bukunya telah berbelas-belas judul diterbitkan pun masih banyak kesilapan ejaan dan tatabahasa termasuk seorang yang dalam blognya mengaku sasterawan.
- Abdul Mubin Ismail: (1) Siapa yang peduli kalau buat salah pun? Ada kena saman polis ke, JPJ ke atau disaman siapa-siapa macam buat kesalahan lalu lintas atau kesalahan-kesalahan lain yang terlalu banyak di Malaysia nin?, (2) Perlembagaan hanya memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan..mazhab mana? Ada orang peduli dengan pelbagai pencanggahan & pembawaan kepelbagaian mazhab dalam Bahasa? Pada mereka, ASAL SAJA BUNYI MELAYU... SELESAI....
- Nassury Ibrahim: Dah cakap tapi tak berkesan, skema kertas BM di IPG langsung tak peduli tatabahasa.
- Tuah Sujana: Sebab kursus yang diambil di IPG haru-biru. Kursus bahasa Melayu disusuli minor Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, atau kursus lain yang entah apa-apa. Mereka sendiri keliru, aku guru Pendidikan Jasmani atau guru bahasa Melayu; tambah-tambah boleh cakap bahasa Melayu kampungan, kira bolehlah. Tak payah hadam nahu, tak payah gali perbendaharaan kata, tak payah tekuni semantik. Wahasil, guru bahasa Melayu hanya berkualiti sepuluh sen. Kasihan anak didik mereka.
- Azli Lee Abdullah: Guru subjek lain dipaksa mengajar bahasa Melayu..
- Irwan Abu Bakar: Tatabahasa/ejaan yang dipaksakan oleh pakar-pakar bahasa kepada masyarakat ada yang tak munasabah.
- Rusdi Abd Rahman: Tuan: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kawan sudah ubah alamat blog Tuan yang baharu itu dalam blog kawan. Terima kasih atas makluman.
- Nassury Ibrahim: Tuah, sejak dulu saya sering menawarkan diri untuk jadi penggubal, tapi si tua bangka tak bagi, minta jadi penemu duga, pun tak bagi sebab belum tua. Sukatan tak berubah dari dari dulu sampai loni.
- Mawar A. Ghani: Apa yang diajar tak sampai ke cikgu ... ramai le cikgu-cikgu bahasa yang tak betul .... Anak murid pun lagi le tak betul kerana tak dengar betul-betul.
2 ulasan:
Salam Syawal 1432H & Selamat Hari Lahir 11 September nanti, Sdr. Nassury.
Terima kasih. Maaf, terlewat tengok.
Catat Ulasan