Tahun 2006 Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan taraf institut perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Sehubungan satu IPG telah ditubuhkan yang dinamakan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). IPGM mengantikan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang kini khusus mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru. Manakala, IPG di negeri-negeri dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus ... (IPGK). Nama asal maktab/institut tidak berubah. Misalnya, Institut Perguruan Ipoh ditukar kepada nama Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI).
Berwacana dengan perubahan itu, maka kursus-kursus yang ditawarkan di IPGK juga turut dinaiktarafkan. Kini, IPGK telah menawarkan program ijazah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di samping kepada guru-guru yang sedang berkhidmat. Program yang ditawarkan dikenali sebagai Program Persediaan Ijazah Sarjana muda Keguruan dengan Kepujian Sekolah Rendah (PPISMP). Namun begitu, pengambilan ke program diploma masih diteruskan.
Selaras dengan perubahan itu, IPG kini berangan-angan bagi melahirkan guru-guru yang unggul bagi menerajui kecemerlangan pembangunan guru (visi) dan berhasrat yang amat bagi melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia (misi).
Bagi mencapai hasrat itu, maka IPGK telah merangka hala tuju masing-masing. Umpamanya (a) berhasrat mencapai kecemerlangan akademik, (b) berhasrat mencapai kecemerlangan penyelidikan dan inovasi, (c) berusaha mencapai kecemerlangan dalam pembangunan profesionalisme guru, (d) berhasrat mencapai kecemerlangan dalam tadbir urus IPGK, dan sebagainya. Untuk mencapai kecemerlangan itu, adalah sangat dituntut kecemerlangan pada setiap kakitangan akademik, nonakademik, pentadbir dan pelajar. Untuk mencapai kecemerlangan para pelajar, adalah sangat dituntut kewujudan kecemerlangan para staf akademik dan nonakademik. Untuk mewujudkan kecemerlangan staf akademik dan nonakademik (serta pelajar), maka sangat dituntut kecemerlangan pihak pentadbir, sama ada IPGM mahupun IPGK.
Malangnya, kecemerlangan staf dan pentadbir masih ditakuk lama. IPGM masih kental dengan minda BPG (Sesetengahnya menggelarkan Bahagian Paling Gila) yang tiada perancangan bekerja, bermodelkan IT (ikut terlintas). Amalan BPG yang meminta maklumat secara tergesa-gesa, serta-merta, kehilangan maklumat yang dihantar, kesilapan sama yang berulang-ulang, konsep asal siap, konsep lembu masuk maktab pun dapat jadi guru, seakan-akan masih terbawa-bawa ke dalam pengurusan IPGM dan IPGK. Akibatnya, para pelajar yang menjadi mangsa kerana bawaan lama dalam gaya bekerja dan gaya berfikir IPGM dan IPGK.
Walaupun IPGM dan IPGK ditadbir dan diuruskan oleh para sarjana bergelar doktor, namun pemikiran mereka masih tidak boleh keluar daripada kepompong maktab perguruan.
Mereka masih menganggap para pensyarah dan lebih-lebih lagi para pelajar tidak boleh berdikari. Kepakaran pensyarah dalam bidangnya tidak diiktiraf. Para doktor gemar mencampuri bidang kepakaran orang lain.
Salah satu aktiviti yang digemari oleh pentadbir ialah perhimpunan. Setiap minggu diadakan perhimpunan sehingga tugas rasmi pensyarah dan pelajar terbantut. Ada kalanya diadakan sehingga tiga kali perhimpunan dalam sehari. Dan, dalam perhimpunan pula, wakil pihak pentadbir IPGK sering bersikap 'marah-marah' dan 'memberi tekanan' terhadap pelajar. Ada-ada sahaja perbuatan pelajar yang tidak selari dengan citarasa pentadbir yang dibungkus dengan suara Akta 174. Anehnya, pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) turut dikritik dan dituduh tiada disiplin dan melanggar etika keguruan, tidak dapat menguruskan diri sebagai guru, ponteng, dan sebagainya, sedangkan mereka tiada masalah ketika belajar di universiti.
Para pelajar sering mengadu bahawa mereka dilayan tidak sebagaimana sebuah institusi yang ingin mencapai kecemerlangan bertaraf dunia. Malah, pemikiran sesetengah pensyarah dan pentadbir masih terlalu jauh daripada sebuah institusi bertaraf universiti.
Menurut pelajar PISMP, Dahiri (bukan nama sebenar), apabila berdialog dengan pihak pentadbir, pihak pentadbir memohon pelajar mengemukakan masalah-masalah di kampus dan cadangan.
"Malangnya, masalah yang kami kemukakan tidak dipeduli, tiada tindakan bagi mentasi masalah tersebut," kata beliau.
Lambat mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan mengatasinya telah menyebabkan timbul masalah baharu dan membebankan. Masalah bekalan elektrik sering terputus, ketiadaan air, kantin tutup pada hujung minggu, aktiviti yang terlalu padat, kecurian, lambat menerima elaun, kesukaran mendapatkan rumah sewa, acara rasmi yang diadakan secara mengejut, ketiadaan pensyarah, sumber rujukan di perpustakaan terhad, gangguan anasir luar dan sebagainya terus mencengkam para pelajar.
"Apabila kami meluahkan perasaan dalam facebook, twinster, blog, web, kami pula akan diambil tindakan dengan alasan merosakkan nama baik IPGK," tegas kawannya, Sifa (juga bukan nama sebenar).
Banyak aktiviti persatuan, unit beruniform atau JPP tidak dapat dilaksanakan kerana sama ada bertembung dengan majlis rasmi yang tiba-tiba mahupun ketiadaan bajet.
"Kami diminta melaksanakan pelbagai aktiviti, namun tiada bajet, tidak diberikan bajet dan dilarang sama sekali memohon bajet mana-mana bajet daripada sumber-sumber swasta," kata Sifa lagi.
Ada juga pelajar yang mengadu bahawa mereka terpaksa mengeluarkan bajet sendiri untuk melaksanakan aktiviti sama ada anjuran IPGK mahupun persatuan / unit beruniform. Misalnya, aktiviti Bina Insan Guru (BIG) yang terpaksa dilaksanakan pada setiap semester dan melibatkan pihak luar.
Selain itu, kemudahan prasarana di sesetengah IPGK juga amat mengecewakan. Tidak banyak tempat rehat disediakan, sedang pelajar diminta berada di dalam kawasan kampus sehingga pukul 3.00 petang. Bangku-bangku atau tempat perbincangan yang disediakan tidak mencukupi dan setengahnya tidak berstrategik. Tempat mendapatkan khidmat internet yang lengkap dengan bekalan elektrik juga terhad. Seringkali terjadi khidmat internet sangat lembab dan sering terputus. Lebih memasalahkan lagi banyak talian ke laman sesayang disekat oleh pihak kementerian.
Pihak IPGM / IPGK mengeluarkan banyak belanja untuk mendapatkan khidmat internet. Anehnya, dalam masa sama, pihak kerajaan juga mengeluarkan banyak belanja bagi menyekat sesetengah talian sumber khidmat internet yang dibelinya hingga pelajar gagal mendapatkan maklumat.
Sesungguhnya, hal-hal yang diperkatakan di atas merupakan sebahagian dilema pelajar IPG dengan pentadbirnya baik IPGM mahupun IPGK. Dalam era teknologi maklumat dan IPG, pihak pentadbir IPGM dan IPGK perlu bersikap telus, mencintai ilmu, berstrategik, berperancangan dan perhatian terhadap segala aspek masalah pelajar, sekiranya benar dan bersungguh bagi melahirkan pelajar IPG yang bertaraf dunia. Jiwa dan pemikiran pensyarah dan pentadbirnya hendaklah berada di luar kekotak maktab dan benar-benar berhasrat mencapai visi dan misinya IPGnya sendiri.
3 ulasan:
mmg tiap2 benda ada kelemahan
tapi kebanyyakan base on schoolkan
macam perhimpunan guru pelatih kena biasakan diri sebab sekolah hari2 perhimpunan...
saya rasa penulis blog pun merupakan guru.. bukan saya nak menyokong apa yang pentadbir buat
setiap manusia ade kelemahan, JPP merupakan jawatankuasa yang tiada kuasa berdasarkan AKTA 174 so mmg banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan dan aduan ssh untuk disampaikan kerana kuasa mereka terhad tidak seperti MPP di zaman sebelum ini.
pasal bajet ni mmg x leh cakap la sebab IPD dan sekolah berkongsi bajet. So kena pandai2 cari sponsor dan ini tidak melanggar peraturan so kena biasa2 buat kertas kerja..
saya sokong dengan tanpa nama di atas bercakap.. tp mane ad benda yg berubah dgn cemerlang secara tiba2.. ni tentang sistem.. lgpun rasenye mmg nmpk perubahan kot klu duduk 5 tahun setengah kat IPG terutama dr segi infrastruktur.. sgt2 berubah dr mula2 masuk dulu..satu lagi elokla tu kite biasakan diri dgn disiplin terutama perhimpunan.. tp pasal tengking, marah tu yg tak eloknya.. sbb kite semua dh besar.. hurm.. lebih2.. no komen..
itula kan.
sememangnya carakerja pengurusan IPGM masih ditakuk lama. banyak benda last minip yg diaplikasikan dalam pengurusan kerja harian sehingga kadang2 menyukarkan pelajar..
suke part 'lembu masuk maktab pun boleh lulus'.. hehe, lembu mana yang lulus tu bro (",)
walaubagaimanapun,
dalam beberapa aspek, terutamanya life pelajar, cara maktab patut dikekalkan terutamanya dalam hal ehwal disiplin guru pelatih.
pelajar IPGM x boleh nak samakan diri mereka ngan pelajar IPT. pelajar IPGM dikurung dalam kampus untuk didoktrin untuk menjaadi seorang pendidik. sama sperti seorang askar direkrut dalam kem untuk menjadi seorang soldadu perang.
perhimpunan misalnya, itu satu kehidupan di sekolah yang perlu dalam kehidupan seorang guru. jangan pikir nak bebas je macam budak IPT. Tiada yang bebas di dunia yg bukan milik kita ini..
IPG lain, IPT lain...
wa bangga jadi produk IPGM !!!
~2005-2010~
Catat Ulasan