Siapa Tok Janggut dan siapa membunuh Tok Janggut? |
Dalam banyak kes, sistem dan corak kerajaan penjajah berbeza dengan sistem dan corak kerajaan asal negara. Oleh sebab itu, adalah mustahil bahawa kerajaan penjajah itu adalah pelindung atau penaung kerajaan asal kerana dalam kerajaan asal, pemerintahnya adalah yang tertinggi. Sedangkan, dalam kerajaan penjajah, mereka menjadi wakil pemerintahan kerajaan mereka. Dan, di negara asal itu juga tersedia pemerintah yang statusnya bersamaan dengan status pemerintah kerajaan negara asal jajahan. Jika ada pemerintah yang lebih tinggi, maka tentulah pemerintah yang tinggi itu penjajah dan pemerintah yang rendah itu dijajah.
Dalam sejarah penjajahan, dua entiti keselamatan itu juga bertugas melindungi usaha kerajaan penjajah mengaut keuntungan ekonomi untuk dibawa pulang ke negara asal mereka. Mereka tidak ada secebis ikhlas pun untuk memajukan negara jajahan, apalagi masyarakatnya. Binaan jalan dan kemudahan bukan untuk masyarakat, sebaliknya untuk memudahkan mereka mengangkut hasil ekonomi. Binaan sekolah bukan untuk mencerdikan rakyat jajahan melainkan sebagai helah tanggungjawab sosial. Pemimpin-pemimpin masyarakat yang dilantik bukan untuk memajukan masyarakat tempatan, melainkan untuk memudahkan mereka mengurus hasil ekonomi dalam masyarakat itu. Lantaran itu, konsep raja berpelembagaan sudah pun diwujudkan oleh kerajaan penjajah jauh sebelum negara asal mencapai kesepatan.
Daripada hasil ekonomi negara jajahan mereka bangunkan negara asal sehingga lengkap segala kemudahan asas dan pembangunan tumbuh pesat. Hasilnya, negara mereka lebih maju daripada negara jajahan.
Negara-negara seperti Belanda, England, Sepanyol misalnya dan kini Amerika menjadi negara maju hasil daripada ekonomi yang diambil dari negara jajahan. Mereka dapat status negara industri kesan daripada 'hasil curi' dari negara jajahan. Negara jajahan terus mundur, bukan sahaja dari segi fizikal, malahan dari segi pemikiran. Malangnya, pemimpin asal negara jajahan terus bersekongkol 'memusnahkan' negaranya dan identiti negaranya. Misalnya, pembunuhan pejuang Tok Janggut adalah setelah diizinkan oleh raja, sedangkan perjuangan itu demi menyelamatkan maruah tuannya. Hal ini terus berlarutan sehingga kini. Sebarang pandangan sebaliknya akan dianggap 'penentang.'
Akibatnya, rakyat kekal miskin dan terpaksa mendapatkan belas ehsan daripada negara-negara lain. Sesetengah rakyatnya terpaksa keluar daripada bumi asal demi untuk melangsungkan kehidupan kerana negara asal tidak menjanjikan kehidupan harmonis.
Kalangan pemerintah di negara pascamerdeka hanya mampu menanam mitos kedaulatan, sedangkan hakikat sebenar tidak mampu menjana kedaulatan bangsa sendiri. Pejuang-pejuang hidup dalam khayalan perwira, sedangkan pemerintah tidak mengiktirafnya. Tidak ada pulangan sejajar perjuangan. Pembelaan terhadap mereka kerana kepentingan politik. Pemerintahnya bercakap dan bertindak atas kepentingan peribadi, bukannya kepentingan bangsa dan negara. Bantuan diberikan terhad kepada golongan nepotisme tanpa mengambil kira keadilan kriteria. Bagi menghalalkan tindakan, mereka menanam mitos akan keagungan mereka dan keburukan lawan. Hal ini terjadi kerana pemikiran bangsa jajahan sudah lama dimatikan oleh penjajah.
Justeru, saya berpendapat, status polis dan tentera dan seumpamanya pada zaman penjajahan adalah sama sebagaimana status komunis pada zaman selepas merdeka sehingga 2 Disember 1989. Mereka berjuang mempertahankan penjajah dan sistem penjajahan sehingga sanggup menangkap dan membunuh pejuang sebenar sebagaimana berlaku di Perak, Terengganu, Kelantan. Hal ini berlainan dengan guru atau wartawan. Walaupun mereka berkhidmat dalam kerajaan penjajah, dalam masa sama mereka berjuang menentang penjajah dan menanam kesedaran kepada masyarakat agar bangkit berjuang menuntut kemerdekaan. Citra guru dan wartawan atau pendakwah tiada langsung pada tentera dan polis dan seumpamanya yang berkhidmat dengan penjajah.
Makanya, sejarah negara perlu dimurnikan agar benar dan adil sebagaimana benar dan adilnya sejarah. Sejarah bukan sahaja wajib dipelajari oleh semua pelajar dan mahasiswa, malahan perlu juga diserapkan terhadap golongan dewasa, lebih-lebih lagi para pemimpin dan politikus. Para politikus yang banyak merosakkan bangsa dan negara, maka akidah bangsa mereka perlu diperbetulkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan