Saya merujuk surat Pensyarah Teraniaya yang bertajuk “Kecewa kenaikan pangkat di Institut Pendidikan Guru” siaran Utusan Malaysia pada 21 April 2010. Saya dan kawan-kawan saya juga menerima nasib yang sama seperti nasib Pensyarah Terniaya. Kita dari bakul yang sama.
Menurut maklumat yang kami peroleh, pegawai berkenaan di BPG akan memproses pemangkuann gred pensyarah IPG fasa 3 setelah mereka disahkan kenaikan gred yang mereka peroleh baru-baru ini.
Untuk pengetahuan umum, kenaikan pemangkuan gred pensyarah IPG sebenarnya turut dinikmati oleh semua pegawai di Kementerian Pelajaran, bukan terhad pensyarah IPG sahaja. Malangnya, mereka lebih berminat memproses kenaikan untuk diri sendiri dan rakan-rakan di kementerian. Semua pegawai yang terlibat dengan pemangkuan yang berada di kementerian sudah selesai. Mereka kini turun ke IPG. Setelah berjaya, mereka terus membekukan pemprosesan fasa 3 yang melibatkan pensyarah IPG sahaja. Tiada pegawai di kementerian yang mengalami keciciran sebagaimana dialami oleh pensyarah IPG. Ini bukti nepotisme dan kronisme.
Menurut sumber lagi, mereka akan proses perjawatan fasa 3 setelah perjawatan mereka disahkan. Dengan cara itu, sekali lagi mereka akan menyusup untuk pergerakan gred kali kedua. Ertinya, mereka akan dapat dua kali peluang daripada satu sistem. Memang tamak beruk kerana perbuatan ini tidak mendukung hasrat dan slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Saya harap pihak yang berkenaan cuba membantu agar birokrasi seperti ini tidak berulang kerana ia akan memburukkan imej IPG / BPG sendiri. Memang ada rasa kecewa apabila melihat lembu dimahkotakan.
1 ulasan:
Sekarang ini pihak BPG/IPG sedang mengesahkan kenaikan gred pensyarah fasa 1, manakala fasa 3 masih kabur. Anehnya, melalui siaran dalam web KPM didapati ramai pensyarah Melayu telah ditukarkan kepada nama Cina.Di jabatan saya, ada 2 pensyarah Melayu telah 'dicinakan' namanya. Pelik. Pelik sungguh KPM.
Catat Ulasan