Buku ini merupakan kertas kerja yang aku bentangkan dalam Majlis Wacana Ilmu Kelantan 2010. Tajuknya, "Citra Manusia dalam Kumpulan Sajak Umpama Mutiara Karya Nawawee Mohammad.
Nawawee merupakan antara penyair veteran yang berasal dari Terengganu. Pada tahun 2009, terdapat dua kumpulan sajak Nawawee diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umpama Mutiara (UM) merupakan kumpulan sajak remaja, manakala Setelah pula kumpulan sajak khusus untuk golongan dewasa.
Aku sengaja memilih Kumpulan Sajak UM untuk dibicarakan dalam majlis itu. Ada beberapa sebab. Pertama, UM nipis berbanding dengan Setelah. Kedua, khalayak wacana ialah para pelajar IPG - KKB. Mereka masih remaja dan belum terdedah sepenuhnya dengan kritikan sastera.
Pilihan fokus perbincangan, "Citra Manusia" juga adalah sengaja. Aspek ini berkait-rapat dengan sosiologi. Salah satu tajuk kritikan yang dipelajari ialah pendekatan Sosial. Justeru, aku berpendapat, melihat citra manusia adalah bertepatan dengan khalayak.
Ketiga, pelajar IPG belajar empat teori kritikan sastera, iaitu Teori Formalistik, Teori Struktural, Teori Feminisme, dan Teori Sosial. Setakat ini telah aku tulis dan aplikasi kritikan berkenaan Teori Strukturalisme. Kali ini aku guna Teori Sosial pula. Kritikan secara Formalistik dan Feminis akan menyusur.
Sebenarnya, Teori Sosial ini sangat luas. Ketika membuat tinjauan kembali terhadap sukatan berkenaan pada tahun 2006, aku telah cadang agar Teori Sosial ini ditetapkan secara khusus. Aku cadangkan agar melihat citra manusia kerana aspek lebih sesuai untuk calon guru memahami perwatakan manusia. Malah, aku juga mencadangkan agar Teori Formalistik dengan Teori Struktural dipilih satu sahaja. Selain itu, aku mencadangkan agar mengambil satu teori sastera tempatan, iaitu Teori Takmilah.
Namun, pensyarah kanan menolak semuanya. Katanya, "ajarlah apa sahaja yang berkaitan masyarakat!" Aku membalasnya, "Bagaimana kalau ada yang mengajar Teori Markxis? Teori ini juga termasuk dalam teori sosial.
Alasan mereka menolak teori kritikan sastera tempatan kerana menganggap teorinya belum mantap. Aku balas, "Sampai bila mahu tunggu mantap kalau tidak dikembangkan? Kita patut berbangga dengan teori kritikan sastera janaan kita."
Namun, dengan kuasa kuda yang ada dan kesetiaan menjujung kepala lembu, mereka menolak mentah-mentah cadangan aku. Maka, sebab itu aku berpendapat Rumah IPG dipenuhi zink berkarat.
Anehnya, mereka yang dianggap kanan dalam IPG sebenarnya tidak membaca karya sastera. Tidak tahupun teori-teori yang disebutkan. Tidak pernah beli majalah Dewan Sastera. Tidak kenal siapa Nassury Ibrahim. Apalagi Salleh Rahamad. Apabila disebut sajak, mereka hanya kenal nama Usman Awang sahaja. Asraf pun mereka kata sasterawan yang menulis sajak. Dan, A. Samad Said dianggap tokoh bahasa. Memang mereka tidak membaca. Apalagi berkarya atau menulis kritikan.
Aku harap pensyarah baharu tidak mewarisi karat-karat pensyarah lama, dan tidak menjadi zink berkarat apabila berada di bumbung rumah.
8 ulasan:
salam. Sdr. Nassury, saya suka entri ini.
apa yang tuan katakan adalah realiti. sebagai budak mentah, kadang kala kita kena menongkah arus.
Tuan yang dihormati,
Sementah-mentah tuan, tuan ranum di kebun sastera kami. Tuan adalah buah yang bakal menjadi benih dan akan menjadi sepohon sastera. Suatu hari nanti mereka yang 'selembu' dan 'sekandang' itu akan bernaung di bawah rimbun pohon tuan. Percayalah...
org tak kenal kita kita pun tak kenal oang tu.hentamlah labu.. org tak kenal lagi baik..bak kata Zakir. siap pakai topi walau tengah malam
Terima kasih kerana beri pandangan.
Seorang BA (H) di universiti IPG bertanya: Tidakkah pengalaman 30 tahun saya mengajar itu sama dengan profesor?
Saya tidak tahu jawapan soalan ini. Barangkali anda ada jawapannya.
Suka. Kawe suka sungguh-sungguh.
dulu allahyarham syed hussein alatas berkata di malaysia ada terlalu ramai profesor kangkung. pada saya sekarang pun kangkung itu masih hidup dan berlagak macam king kong.
maka, tidak salah pensyarah IPG tu mahu diiktiraf sebagai profesor...
Ramai yang cerdik di mulut bangang di kepala. Mereka bukan kangkung, tetapi 'diaper.'
Catat Ulasan