Ahad, 16 Mei 2010

Pisau

Aku dapat idea spontan, lantas aku catat sebagaimana di bawah. Walaupun spontan, idea ini bersangkut-paut juga dengan pengalaman menggunakan pisau di dapur, dan tahu bahawa pisau juga boleh jadi pembunuh. 

Rangka sajak ini sengaja dimuatkan sebagai bahan perbincangan bagi mempertingkatkan mutunya. Saya berharap pembaca dapat berkongsi idea untuk memantapkan sajak ini.


Asal pisau dari besi terpateri
lahir dari mulut api
karat akalnya ditajamkan kikir
menumpang makan di dapur isteri
 
Suatu malam saya bermimpi
si pisau itu merayu dikasihani,
"Tolong berikan aku secebis dagingmu, tuan
aku jemu diberikan sapi dan ikan."
 
Aku terbangun mendengarnya
walaupun sekadar mimpi tak perlu dilayani
permintaan itu berlebih-lebihan dan berbahaya
kepada seluruh isi keluarga di rumah saya.

5 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

TUAN GURU,
Mu jangan jadi gila, ambil pisau lepas tu nak toreh sesuka hatimu. Kawe dok ngaku saing kakmu nanti. Mu jange buat gilo weeee.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Nampaknya si pisau itu ibarat diberikan betis nak paha pula. Sajak ini penuh kiasan

edolah berkata...

sajak ni beghahim ali suka untuk kePERKASAannya.. kunun2nya!

kelompen berkata...

salam cikgu..
pisau tajam , bahaya. berhati hati menggunakannya..

NASSURY IBRAHIM berkata...

Ya. Berhati-hati memilih pisau jangan sampai menghiris diri, agama dan bangsa.