Selasa, 4 Mei 2010

Gema

Gema atau nama panjangnya Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan merupakan antara persatuan penulis yang aktif di Kelantan. Gema ditubuhkan  sekitar tahun 1980-an. Antara pengasasnya ialah Zainal Abidin bin Muhamad. Beliau menjadi Ketua 1 sehingga kini.

Gema tidak bernaung di bawah Gapbungan Penulis Nasional (Gapena) sebagaimana Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan Persatuan Penulis dan Seniman Kelantan (Puspa). Dananya diperoleh daripada badan-badan kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan korporat.


Namun begitu, Gema terus menjana aktiviti. Aktiviti Gema seperti Malam Puisi Ramadhan, sayembara deklamasi puisi misalnya tidak kurang hebat. Malah, Gema pernah menerbitkan kumpulan karya perseorangan ahlinya, yang jarang dapat diusahakan oleh badan-badan penulis lain. Kumpulan sajak Matahari Berdoa karya Rahimidin Zahari misalnya merupakan sumbangan besar Gema kepada kesusasteraan nasional.

Dari segi pembinaan identiti, Gema menjuarai persatuan-persatuan lain di Kelantan. Mereka mempunyai baju korporat tersendiri. Pemimpinnya pula pandai mengurus dana.

Ahli jawatankuasanya seperti Zainal Abidin Muhamad, Ezani Haji Daud, Azmi Taib, Zizie Setapha, Amiruddin Mamat merupakan pengerak yang bertenaga.


Kini Gema berusaha membawa dan mengembangkan ilmu kesusasteraan di sekolah untuk disebarluaskan kepada guru dan pelajar. Usaha ini merupakan peluang keemasan kepada sekolah yang berwatak dan wajar direbuti. Saya fikir, Gema juga boleh berkerjasama dengan persatuan belia, universiti dan IPG menganjurkan pelbagai aktiviti.

3 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Nassury,
Diri ini tetap setia berkunjung dan giat membaca entri dalam blog tuan ini.
GEMA sebuah badan @ organisasi penulis yang berdikari dengan jayanya, tahniah.

Tanpa Nama berkata...

jangan nanti GEMA menjadi suatu badan yang mengaut keuntungan disebalik usaha murni itu.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Terima kasih Rusdi dan Tanpa Nama.
Kita harap Gema akan terus bergema. Mesyuarat Agongnya pada 5 Jun nanti, saya fikir dihadiri sesiapa sebagai pemerhati.