Saya dan isteri berkunjung ke sebuah kedai alat ganti kereta di Jalan Kuala Krai. Dari jauh lagi, pemiliknya berbangsa Cina (bukan Islam) mengucapkan, "Assalamualaikum" kepada kami.
Saya minta beberapa alat ganti yang dikehendaki. Mendengar banyaknya alat ganti kereta diperlukan, Cina itu tidak henti-henti mengucapkan, "Masya Allah, masya Allah, banyaknya."
Setelah dijumlahkan harga, rupa-rupanya duit yang kami bawa tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa mengetepikan beberapa barang.
"Bakpo toksir pulak. Tadi nak?" tanya Cina itu.
"Tak dang pitis," jawab saya.
"Ambik dulu. Bayar setakat ada, nanti bayarlah," jawab Cina itu.
"Harap ke?" tanya saya.
"Mu oghre Islam ke oghre Melayu?"
"Islam."
"Kalau Islam boleh percaya, tak menipu."
Hari itu,aku bawa balik alat-alat ganti kereta, yang sebahagian sudah dibayar dan sebahagian lagi berhutang."
Apa kaitan dengan gambar di atas?
Maknanya, orang Melayu boleh menghalalkan apa-apa sahaja, termasuk apa yang dilarangkan dalam agamanya, asalkan ia mendatangkan wang. Hal ini berbeza dengan orang Islam. Maka tidak hairanlah kalau Cina pemilik alat ganti kereta itu lebih percaya kepada orang Islam, berbanding orang Melayu.
Awang Adek dan kerajaan Melayu Islam Malaysia telah membuktikannya.
4 ulasan:
salam cikgu,
Oghe Nnayu .. begitulah
Khabarnya, di Bachok ada dua pusat judi haram. Barangkali sekarang sudah halal kot
yg bui cadangan dan diluluskan tu..mantan MB yg tak kesampaian negeri demo lah...nasib baik!
Tuhan Maha Besar. Nasib baik Awang Judi tak jadi MB. Kalau tidak, kat sini penuh dengan pusat judi.
Catat Ulasan