Rabu, 3 Mac 2010

Aku Pejuang!

Berkata Syed Husin Ali, "Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehudin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehudin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

"Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehudin terhadap parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila "permohonannya" untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan."


4 ulasan:

abuyon berkata...

salam cikgu,

OOoooo ... begitu rupanya!

NASSURY IBRAHIM berkata...

Begitulah hakikat kehidupan. Siapa tak mahu wang. Cuma jangan berlebihan saja.

Abuyon boleh hantar sajak ke Jendela Timur, terbitan DBPWT

abuyon berkata...

Jujurnya saya tidak pernah tahu apatah lagi
membaca majalah tersebut, tetapi
saya akan usahakan membelinya

Terima kasih atas dorongan, barangkali
cikgu adalah mentor saya jika
benar saya ada rezeki dalam
bidang ini

Kepada Allahlah saya letakkan
segala gerak,sungguh tiada daya
dan upaya melainkan Dia

abuyon berkata...

salam cikgu,

Terima kasih cikgu, kerana mengirimkan saya Jendela Timur. Sesuatu yang tidak saya sangkakan. Sungguh, sikap cikgu mencerminkan seorang yang "walk the talk"

Insya-Allah saya akan hantar. Cuma, mohon panduan cikgu - sajak yang bagaimana patut saya hantarkan.