Selasa, 27 Oktober 2009

Oh, Guru!


Satu kali malang menimpa murid, 10 kali malang akan menimpa guru. Aku selalu mengingatkan bakal-bakal guru, "Awak seperti mentimun dengan durian. Bergolek awak luka. Digolek pun awak luka."

Guru jangan ingat bahawa surat kebenaran ditandatangani oleh ibu bapa itu memberi lesen besar untuk bebas daripada tanggungjawab mengawal keselamatan murid. Dan, surat arahan keluar dari PPD / JPN / sekolah itu akan menyelamat anda.

Dalam kes nasib malang tiga orang murid yang hadir kem perkhemahan kerana jambatan gantung di Sungai Kuala Dipang runtuh pada pukul 10. 30 malam. Anda akan disoal - mengapa penganjur (juga guru) membiarkan murid berkumpul di atas jambatan? Ke mana perginya penganjur? Mengapa tiada pemantauan? Ke mana perginya guru pengiring? Mengapa membiarkan muridnya merayau hingga atas jambatan? Aktiviti apa di atas jambatan tersebut? Siapa membenarkan awak bawa murid? Adakah perkhemahan itu mendapat kebenaran? Adakah perkhemahan itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa? Dan, seribu satu pertanyaan akan ditanya.

Anda boleh berseronok, jika tiada malapetaka menimpa. Tetapi, anda akan menghadapi malang jika ada malapetaka menimpa. PPD / JPN / sekolah akan melepaskan tangan. Kepada guru-guru, selamat ambil iktibar.

Saya tahu - guru dan mahaguru di PPD / JPN / IPG / BPG / KPM adalah orang yang suka bersangka, membuat peraturan sendiri dan bercakap bukan atas dasar bukti dan undang-undang, serta suka melebih-lebihkan, dan melarang tanpa hujung dan pangkal. Kepada guru-guru berkenaan, "SELAMAT MALANG." Nanti anda akan tahu sikap majikan anda.

4 ulasan:

Hasmora berkata...

Salam Tuan Nassury, tiada komen atau komplen untuk artikel ini cuma nak tumpang iklan ye :)

- kepada yang berminat menyertai Pertemuan Penyair Nusantara 2009 pada 20 - 22 dapatkan maklumat dan muat turun borang penyertaan di web komuniti pena http://penulisnasional.ning.com/

oh ya.. tahniah buat guru baru yang mula bertugas ini hari.. dan semoga ura-ura pembekuan penempatan hanya khabar angin yang digembar-gemburkan.. selamat mengajar buat semua guru (hujung tahun ni masih memintas budak memonteng barangkali ya.. cikgu.. cikgu..ehe)

Rositah Ibrahim berkata...

Cikgu oh cikgu...
Tak buat aktiviti, salah. Buat aktiviti terjadi pula musibah, tak tertanggung resah.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Awal minggu ini, seorang pegawai BPG datang cari beberapa orang pensyarah untuk jaga Mtest KPLI kemasukan Januari 2010. Pelik, bila pula ada iklan pengambilan? Begitulah dunia perguruan.

Teori Ikan Segar. Nak tahu ikan itu segar atau tidak, tengok kepalanya - mata atau isang. Kalau mata merah dan isang pucat, ertinya ikan itu buruk atau lama. Kalau kepala buruk akan buruk juga badan dan ekornya.

Ada cerita baru tentang guru, nanti saya pos.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Akhbar Berita Harian 11 Nov. 2009 melaporkan 'Guru Sertai Perkhemahan Trauma, diugut Ibu Bapa.' Ada antara guru berkenaan ditumbuk dan kini mohon tukar sekolah.